KORANG mesti pernah berangan di depan cermin kan? Lebih-lebih lagi di hadapan cermin yang besar. Ada sesetengah di antara kita yang suka mengambil ‘outfit of the day’ (OOTD) mereka dan juga membuat pelbagai aksi ketika di dalam lif.

Lebih-lebih lagi apabila kita berseorangan dan sementara menunggu untuk sampai ke tingkat yang ingin kita tuju. Ruang itu kononnya ‘pentas pementasan’ untuk kita.

Ini yang terjadi kepada seorang pengawal keselamatan yang membuat aksi seperti watak anime di dalam lif baru-baru ini.

 

 

Gelagatnya yang mengundang ketawa ramai itu dirakam melalui kamera litar tertutup (CCTV) ketika dia bersendirian di dalamnya.

Menerusi video yang dimuat naik di twitter @txtdrberseragam, lelaki tersebut melakukan ‘jutsu hand sign’ yang popular menerusi siri anime, Naruto.

Dia melakukan aksi itu dengan penuh gaya di depan cermin lif itu selepas menekan butang tingkat yang hendak dituju.

 

Iklan

BACA JUGA: Malu ketiak berbau? Ini 5 cara hilangkan dengan mudah

Tidak hanya berakhir disitu, dalam video yang berdurasi selama 31 saat itu, dia juga membuat aksi ala-ala Naruto untuk membuka pintu lift berkenaan.

Video yang meraih 97.7k like dan 52.6k retweet itu menarik perhatian ramai netizen yang terhibur dengan gelagat pengawal keselamatan itu.

Iklan

Menjengah ke ruangan komen, ramai juga yang berkongsi pengalaman mereka berangan di depan cermin.

@aamyy – Kawan saya macam ni 😉 Siap dengan sound effect sekali

@apip – Aku selalu berlakon ada kekuatan Scarlet Witch di depan cermin. Ya Allah

@frhehehe – Aku pon selalu macam ni kalau sorang dalam lift 😉

 

Jadi, kita kenalah sentiasa berhati-hati dalam apa jua yang kita lakukan. Tanpa disedari, ada mata-mata yang sedang memerhati!