LAZIMNYA dapur menghasilkan haba diperlukan untuk memasak makanan menggunakan sumber bahan api atau tenaga elektrik.

Petroleum cecair, bio gas dan elektrik antara yang digunakan manakala sumber tenaga memasak tradisional diperoleh daripada kayu.

Baca juga: Ini Sebab Kenapa Malaysia Lebih Sejuk Sejak Kebelakangan Ini, Tiada Kaitan Fenomena Aphelion

Tanpanya, makanan akan kekal dalam keadaan yang sama dan tidak berubah. Justeru, bahan api diperlukan untuk menjana elektrik dan haba untuk memasak makanan.

Tanpa bahan api, lelaki dari Nigeria, Hadi Usman mencipta dapur untuk memasak menggunakan kuasa tekanan air dan udara.

Lapor agensi berita Nigeria, PRNigeria Hadi berkata dia  mencipta dapur itu memandangkan harga minyak tanah dan gas di negara itu semakin mahal.

Baca juga: Letupan Umpama Petir, Sekelip Mata Rumah Bergegar, Dua Beranak Melecur Tong Gas Memasak Meletup

Tidak hairanlah berjaya hasilkan inovasi dapur unik dan canggih, rupanya lelaki berusia 67 tahun itu adalah seorang juruteknik eletronik di Jekadafari, Gombe State yang terletak timur laut Nigeria.

Terdahulu pada tahun 1970 hingga 1980-an Hadi telah mencipta banyak produk secara inovasi termasuk memasang pemancar radio dan mengendalikan stesen radio komuniti di Gombe.

Iklan

“Sejak penyiaran ciptaan terbaru saya oleh Wonderland TV, saya telah menerima lebih 500 panggilan telefon berhubung projek itu,” katanya.

Dalam pada itu, Hadi berharap syarikat atau institusi tampil untuk mempatenkan dan mengembangkan ciptaannya itu agar ia dapat membantu lebih ramai lagi ahli masyarakat untuk jimat duit tanpa perlu beli gas.

PRNigeria mendapati bahawa laporan WTV mengenai Hadi menarik perhatian global termasuk Amerika Syarikat, Jerman dan beberapa negara lain.

Iklan

Ciptaan hebat itu juga mendapat pengiktirafan daripada institusi pengajian tinggi di Nigeria.

Jangan lupa follow Sinarplus di Instagram! 

Sumber: PRNigeria