BERUANG, haiwan yang terkenal mempunyai rahang dan cakar yang kuat. Menyakitinya seolah-olah menempah maut, seperti seorang pemburu ini yang maut tragis. Tengkoraknya hancur di tangan beruang ditembaknya sendiri.

Seorang pemburu berusia 62 tahun di Tulun, wilayah Irkutsk, Siberia maut akibat serangan seekor beruang yang dicederakannya.

Jasad lelaki itu ditemui 50 meter daripada bangkai mamalia karnivor berkenaan yang didapati terdapat kesan tembakan.

Baca juga: Bayi sebulan dirampas monyet liar ketika menyusu, maut di hadapan ibu

Serangan beruang biasa berlaku di Rusia

Baca juga: Wow, ikan pari gergasi sebesar kereta ditemukan di Sungai Mekong!

Lelaki warga emas itu dipercayai menembak beruang berkenaan dari atas pokok dan turun dari pokok selepas menyangka beruang itu sudah mati.

Bagaimanapun haiwan yang terkenal dengan kekuatan fizikal itu walaupun cedera parah sempat menyerang dan menghancurkan tengkorak pemburu berkenaan sebelum mati.

“Tengkorak pemburu itu hancur dan tubuhnya dipenuhi luka cakar dan taring.

“Haiwan pemangsa (beruang) menyebabkan kecederaan yang menyebabkan pemburu itu mati,” kata sumber dari pejabat Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri Rusia.

Baca juga: Acah orang utan demi ‘content’, pemuda ‘dipegang’, 10 fakta perlu tahu

Bangkai beruang terbabit turut ditemui

Baca juga: [VIDEO] Jarang dilihat manusia, jerung paling ganas di dunia, penuh parut, kesan gigit

Iklan

Pemburu itu terdahulu dilaporkan hilang sebelum operasi pencarian berjaya menjejakinya di Siberia.

Menurut Bear Conservation, Rusia mempunyai populasi beruang perang terbesar di dunia. Beruang perang di Siberia Timur terancam dan sering menjadi sasaran kerana masih dianggap sebagai haiwan buruan.

LIMA FAKTA BERUANG PERANG

1-Boleh mencecah 720 kilogram yang mana beruang jantan lebih besar daripada beruang betina.
2-Beruang mempunyai deria bau yang sangat kuat, 100 kali ganda lebih sensitif daripada manusia!
3-Nampak comel dan gebu, tetapi mereka bukan seperti patung beruang. Beruang memiliki perwatakan yang agresif.
4-Beruang aktif setengah jam sebelum matahari terbit sehingga ke dinihari. Ia aktif pada waktu malam dipercayai bagi mengelakkan daripada bertembung manusia orang atau beruang lain.
5-Haiwan ini kerap menjadi sasaran pemburuan. Pundi hempedu dan hempedu beruang sering kali dijadikan ubat tradisional yang kononnya mengurangkan masalah pencernaan, keradangan dan membersihkan darah. Kaki haiwan itu yang dianggap sebagai makanan eksotik di Asia.

Iklan

Baca juga: Lelaki ‘rawat’ luka haiwan dengan besi pengokot diharamkan memiliki haiwan peliharaan selama 7 tahun!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan