BARU-baru ini, ikan pari gergasi yang saiznya selebar sebuah kereta sedan dengan kepanjangan 13 kaki berjaya ditemukan di Sungai Mekong.

Macam mustahil tapi itulah hakikatnya hidupan air tawar yang sering kita lihat, sebenarnya ada lagi bersaiz jauh lebih besar dan perkara ini tidak mustahil untuk berlaku.

Jika difikirkan kembali, kedalaman serta luasnya lautan dan sungai tidak mampu manusia terokai sepenuhnya. Jadi masih banyak lagi hidupan yang belum ditemui.

Menurut laporan The Washington Post penemuan ikan pari itu dikatakan beratnya mencapai 300kg telah ditangkap di perkampungan nelayan di Kemboja.

Lebih menarik, ia dikatakan ikan air tawar terberat di dunia yang pernah ditemui.

Penemuan yang luar biasa ini telah dimaklumkan kepada pasukan penyelidik bersama Amerika-Kemboja yang dikenali sebagai Wonders of the Mekong (WOTM)

Menurut ahli pasukan penyelidik, Chea Seila berkata, penduduk kampung memberitahu telah melihat kelibat bayang hitam yang sungguh besar di dalam air pada waktu malam.

“Namun, saya merasakan itu adalah ikan pari bukannya roh.

“Setelah seorang nelayan bertindak untuk menangkap ikan itu, ia kemudiannya ditimbang, diukur kebesarannya dan dilepaskan semula,” katanya.

Difahamkan, ikan pari gergasi itu merupakan satu penemuan yang dianggap ‘rare’ dan luar biasa.

Menurut The World Wildlife Fund (WWF), satu pertiga daripada spesies ikan air tawar di dunia diancam kepupusan dan ikan yang beratnya 27kg semakin berkurangan sebanyak 94 peratus semenjak 1970.

Apa yang lebih membimbangkan, sebanyak 16 spesies hidupan air tawar telah diisytiharkan pupus pada tahun 2020.

Menurut Ahli biologi, Zeb Hogan, yang mengetuai pasukan WOTM berkata penemuan ikan pari itu adalah penting.

“Ini bermakna hidupan air tawar yang besar, banyak terancam kritikal namun, mereka sebenarnya ada peluang untuk terus wujud di habitat itu.

“Saya khuatir apabila kita akan melihat lebih banyak kepupusan sebelum kita melihat dan menjumpai hidupan yang boleh memecahkan rekod,” ujarnya.

Berikut 10 fakta mengenai ikan pari, ini yang perlu diketahui:

1. Sebanyak 220 spesies ikan pari yang berjaya ditemui.

2. Spesies terbesar ialah Short-tail Stingray.

3. Ikan pari dan ikan jerung berkongsi ‘keturunan’ dalam kumpulan ikan rawan yang sama.

Iklan

4. Mereka tidak mempunyai rangka bertulang.

5. Ekor ikan pari sememangnya berbisa dan beracun.

6. Doktor gigi Yunani menggunakan bisa ikan ini untuk prosedur perubatan.

7. Ikan pari tidak menggunakan penglihatan untuk memburu mangsa.

8. Mereka menggunakan electro-sensor untuk mencari mangsa.

Iklan

9. Mulut ikan pari berada pada badan.

10. Ikan pari betina melahirkan anak setiap tahun dan boleh mencapai dua hingga enam bayi setahun.

Sumber: wildlifeinformer

Kredit foto: Chhut Cheanna/Sinsamout Ounboundisane

Baca juga: Arapaima, ikan air tawar terbesar di dunia ganggu ekosistem ikan tempatan, berikut 23 spesies ikan ‘alien’ lain

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan