APA yang ditanam itulah yang dituai. Mungkin kerana perbuatannya menyeludup dadah, seorang lelaki turut hilang nyawa kerananya.

Umum mengetahui dadah hanya membinasakan tidak hanya kepada penagihnya, malah mampu merosakkan sebuah bangsa dan negara.

Polis kemudian menemui bungkusan kokain yang dicari lelaki berkenaan.

Menurut Daily Star, lelaki malang itu ditemui lemas selepas cuba mendapatkan sesuatu di dasar sebuah pelabuhan.

Dia yang lengkap berpakaian penyelam dan alatan skuba ditemui terapung di pelabuhan Newcastle, New South Wales, Australia. Paramedik dan orang awam cuba memberikan pertolongan cemas namun gagal.

Baca juga: Agih 1 juta pokok ganja, kerajaan Thailand benarkan penduduk tanam untuk ekonomi

Gambar hiasan

Siasatan dilakukan lis mendapati lelaki berkenaan adalah penyeludup dadah.

Lelaki berkenaan dikatakan secara tidak sengaja telah menjatuhkan kokain bernilai berjuta-juta paun ke dalam lautan yang mengakibatkan ketua kumpulannya berang.

Ketulan kokain dibungkus pek kalis air ditemui. Ia dianggarkan bernilai AUD$45 juta (RM137.9 juta).

Polis mendakwa lelaki itu cuba mendapatkan kokain di dasar laut selepas dia tersilap menjatuhkannya ketika urus niaga.

Mengulas mengenai penemuan penyelam itu, jurucakap Polis New South Wales, Detektif Superintendan Rob Critchlow berkata indentiti lelaki itu tidak dapat dikesan.

“Kami telah melakukan beberapa pemeriksaan dan mencari rekod dalam sistem di Australia dan gagal mengenal pasti lelaki itu pada ketika ini”

“Mungkin lelaki ini telah ditinggalkan mati dan pihak lain yang terlibat melarikan diri. Apa pun yang dilakukannya, ia adalah perkara yang menjijikkan,” katanya.

Iklan
Gambar hiasan

Sementara itu, sumber lain melaporkan mesej yangberjaya dipintas antara ketua jenayah antarabangsa mendapati kematian lelaki itu berkaitan jenayah.

Sebelum ditemui mati, wujud pertengkaran antara mangsa dan ketuanya apabila ‘barang’ yang dihantar tidak sampai ke destinasi.

Bercakap mengenai dadah, Australia menghalalkan penanaman ganja untuk tujuan perubatan dan saintifik di peringkat persekutuan pada Februari 2016.

Menurut CNN, Ibu negara Australia, Canberra, menjadi wilayah pertama di negara itu yang membenarkan penggunaan ganja untuk rekreasi pada 2019.

Penduduk Canberra yang berusia 18 tahun ke atas diizinkan untuk memiliki total 50 gram ganja kering setiap seorang.

Iklan

Baca juga: Tak boleh tanya soal sewa rumah, isteri nyaris dipukul suami gara-gara ketagih ketum

Jangan lupa follow kami di Instagram dan lawati portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI