Restoran muflis, 10,000 hilang kerja akibat Covid-19 di Jepun

A
A
A

BANYAK industri terjejas akibat Covid-19 tidak kira dalam atau luar negara.

Jika di negara kita, sektor perhotelan banyak mengambil tindakan menutup operasi akibat pandemik , lain pula yang terjadi di Jepun.

Jiji Press melaporkan, industri restoran di Jepun antara paling teruk terjejas akibat wabak Covid-19, kira-kira 1,000 restoran mengalami kerugian.

Menurut data yang dikeluarkan sebuah firma penyelidikan, Tokyo Shoko Research Ltd. melaporkan, sebuah penginapan di wilayah Aichi telah menangguhkan operasinya sejak Februari tahun lalu, menjadikan ia perniagaan pertama yang muflis.

Pada Jun lalu, 104 kes muflis dilaporkan, kemudian terdapat penurunan pada bulan Julai dan Ogos, sebelum ia kekal melebihi 100 kes sejak September.

Restoran muflis, 10,000 hilang kerja akibat Covid-19 di Jepun

Sementara itu, data Kementerian Buruh menunjukkan jumlah pekerja industri restoran yang dipecat atau kontraknya tidak diperbaharui melebihi 10,000, di kedudukan kedua selepas industri pembuatan.

Kerajaannya terus berusaha memastikan perniagaan yang masih ada agar dapat terus bertahan dan pekerja tidak diberhentikan melalui pelbagai inisiatif seperti pinjaman tanpa faedah dan cagaran serta subsidi penyesuaian pekerjaan.

Baca juga Video wanita aerobik layan ‘Ampun Bang Jago’ tular, tak perasan apa berlaku

Difahamkan, banyak peniaga merungut kerana kerajaan pusat dikatakan gagal mengambil langkah pencegahan Covid-19 yang benar-benar berkesan.

Di Malaysia, kita berharap dan berdoa agar perkara buruk tidak terjadi. Jadi, terus amalkan SOP yang telah ditetapkan bagi memutuskan rantaian Covid-19 ini.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang