Bulu mata sepanjang 8 inci, wanita China pecah rekod dunia

Bulu mata sepanjang 8 inci, wanita China pecah rekod dunia
Bulu mata sepanjang 8 inci, wanita China pecah rekod dunia
A
A
A

SETIAP manusia pasti memiliki kelebihan dan kekurangan masing-masing.

Tuhan menciptakan kita dengan penuh kesempurnaan dibalik kekurangan. Syukuri, maka hidup akan jauh lebih indah.

Seperti seorang wanita di China ini yang dikurniakan bulu mata sepanjang lapan inci.

Perkara itu sekali gus menjadikan dirinya diisytihar Guinness World Records sebagai pemegang rekod bulu mata terpanjang sejak 28 Jun 2016.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Menurut laporan India Times, wanita bernama You Jianxia itu menyedari bulu matanya pada awalnya berukuran 4.88 inci di bahagian atas kelopak mata kiri.

Jianxia kemudian mendapati bulu matanya tumbuh lebih panjang daripada biasa pada tahun 2015.

vaseline bulu mata

Namun lima tahun kemudian, bulu tersebut semakin tumbuh dan perlahan-lahan menjadi semakin panjang.

Ujar Jianxia, dirinya pernah berjumpa pakar perubatan bagi mengetahui bagaimana bulu matanya boleh menjadi panjang.

Namun katanya hampa kerana doktor tidak dapat menjelaskna perkara terbabit malah menyatakan kekaguman dengan situasi dirinya.

Baca juga Lelaki ala-ala wanita bakal diharamkan muncul di TV China

Selain itu, wanita berkenaan turut berusaha mencari punca dan alasan saintifik bagi masalah yang dihadapinya.

Bagaimanapun, tidak ada ahli keluarga yang mempunyai bulu mata seumpama dirinya.

Panjangnya kan? Agak-agak menggangu tak aktiviti harian ya?

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang