Cantik, unik, 10 foto Copenhagen ibu kota senibina dunia

A
A
A

INDAH tersusun tanpa pemandangan yang menyakitkan mata, pembangunan bandar yang tersusun menjadikan Copenhagen terpilih sebagai Ibu Kota Dunia Senibina 2023.

Ibu negara Denmark itu terpilih susulan keputusan Ketua Pengarah Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) Audrey Azoulay atas cadangan Kesatuan Arkitek Antarabangsa.

Keputusan tersebut sesuai dengan perjanjian perkongsian yang dibuat antara UNESCO dan UIA pada tahun 2018, di mana UNESCO menetapkan bandar-bandar tuan rumah Kongres Dunia UIA sebagai Ibu Kota Dunia Senibina.

 

 

 

Islands Brygge iaitu kawasan di tepi pelabuhan di tengah Copenhagen.

 

Vesterbro kawasan yang sibuk, menempatkan kedai-kedai dan galeri seni.

Bagaikan arca! Basecamp Lyngby direka arkitek Lars Gitz

 

Rakaman dron Superkilen, taman bandar seluas 33,000 meter persegi di Copenhagen.

Baca juga Kos Bina RM0.1 Bilion, Pindah RM99 Juta, Patung ‘Buruk’ Sakitkan Mata Terpaksa Dialih

Pejabat Bangsa-Bangsa Bersatu di Copenhagen.

Copanhegan seluas 88.25 kilometer persegi menonjolkan seni bina, perancangan bandar dan budaya dalam membentuk identiti serta pembangunan bandar yang mampan.

Lihat sahaja foto-foto yang dirakamkan sekitar bandar tersebut, sedap mata memandang! Bandar berkenaan dilihat tersusun dan mesra penduduk.

The Lake Square, perumahan abad ke-19 yang elegan yang menghadap The Lakes di Copenhagen.

Pendek kata bandaraya berkenaan dikelilingi seni bina yang unik, terusan yang bersih dan budaya berbasikal masyarakat tempatan. Tiada binaan yang menyakitkan mata membuat korang rasa seperti tinggal di dalam arca!

Justeru, perancangan bandar adalah tidak dinafikan bahagian yang sangat penting dalam pembangunan. Perancangan bandar yang baik mengimbangi permintaan untuk pertumbuhan yang seimbang dalam melindungi alam sekitar.

Urbanization and Global Change Yale University (UNDESA) meramalkan populasi bandar global akan melebihi penduduk luar bandar buat kali pertama. Dianggarkan menjelang 2050, 70% penduduk dunia akan tinggal di kawasan bandar.

Sumber: UNESCO

Foto: @copenhagenbycosedis

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang