Cemasnya! Perenang pengsan ketika berlatih, mujur jurulatih cepat bertindak
PERENANG dari Amerika Syarikat berhadapan detik cemas pengsan ketika melakukan rutinnya di sebuah kejohanan dunia. Bagaimanapun tindakan pantas jurulatihnya meraih perhatian ramai.
Kejadian mencemaskan itu berlaku di Kejohanan Akuatik Dunia FINA di Budapest, Hungary baru-baru ini.
Perenang artistik Amerika, Anita Alvarez, 25, berada di kolam renang, baru sahaja selesai melakukan rutin latihan secara tiga-tiba dia tidak sedarkan diri dan mula tenggelam ke dalam kolam sedalam tiga meter itu.
Baca juga: Pening kepala dan pengsan tiba-tiba, awas penyakit tekanan darah rendah
Jurulatih Alvarez, Andrea Fuentes, 39, pemenang pingat Olimpik renang seirama empat kali pantas melompat ke dalam kolam apabila dia melihat pemain berusia 25 tahun itu mula tenggelam ke dasar. Fuentes menariknya ke permukaan dan membawanya ke tepi kolam.
Alvarez yang bertanding dalam Sukan Olimpik 2016 dan 2020 dan merupakan Atlet Renang Artistik Terbaik Amerika Syarikat 2021 menerima rawatan kecemasan dan mula bernafas semula.
Alvarez telah dibawa keluar dengan pengusung selepas kejadian dan dijangka akan pulih.
Namun, ia adalah satu kejadian yang menakutkan, bayangkan sekiranya kejadian tersebut tidak disedari dengan cepat oleh orang sekeliling?
Fuentes dalam temu bual sebuah stesen radio berkata dia terpaksa melompat masuk kerana penyelamat tidak bertindak dengan cepat.
"Apabila seorang perenang menamatkan rutin, perkara pertama yang mereka mahu lakukan ialah bernafas. Ketika kejadian saya melihat Alvarez bukannya naik ke permukaan untuk bernafas malah turun ke dasar kolam.
“Saya berkata kepada diri, 'Sesuatu sedang berlaku,' dan memanggil penyelamat. Mereka tidak bertindak balas, jadi selepas beberapa saat, saya terus berlari terjun ke kolam secepat yang boleh.
"Rasanya tidak pernah saya berenang sepantas itu sebelum ini, walaupun ketika saya mendapat pingat Olimpik. Akhirnya saya dapat membangunkan Alvarez yang kaku dan dia tidak bernafas, kemudian barulah semuanya (penyelamat) datang," katanya.
Jurulatih itu kemudiannya berkongsi perkembangan anak didiknya di Instagram.
"Alvarez okey doktor periksa semua vital dan semuanya normal. Kadar jantung, oksigen, paras gula, tekanan darah dan lain-lain. Semuanya baik-baik saja.
"Kita kadang-kadang terlupa bahawa ini boleh berlaku dalam sukan ketahanan tinggi yang lain. Maraton atau berbasikal kita semua telah melihat imej di mana sesetengah atlet mungkin tidak berjaya ke garisan penamat dan yang lain membantu mereka untuk ke sana."
"Sukan kami tidak berbeza daripada yang lain, cuma ia hanya berlangsung dalam kolam, kami cuba melakukan yang terbaik yang kadang kala melebihi had. Alvarez semakin baik sekarang dan doktor mengatakan dia juga stabil," kata Fuentes.
Menurut Reuters, ini bukan kali pertama Fuentes terpaksa menyelamatkan perenang itu. Tahun lalu, Alvarez turut mengalami keadaan seumpama ini semasa acara kelayakan Olimpik di Beijing.
Baca juga: Tersadung, pengsan, remaja 16 tahun maut ketika merentas desa
Baca juga: Grab cari rider berani, cuba selamatkan pemandu pengsan dalam kemalangan
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang