Cinta ‘mati’ suami isteri, Akie Abe pilu iringi jasad Shinzo Abe ke persemadian

A
A
A

CINTA ‘mati’ adalah definisi diberikan kepada rasa cinta yang mendalam sehingga tiada yang dapat menandinginya. Demikianlah digambarkan cinta Akie Abe, isteri mantan Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe yang pilu mengiringi jasad suaminya ke persemadian.

Apabila Akie atau nama asalnya Akie Matsuzaki berkahwin dengan Shinzo Abe, mendiang ketika itu bukanlah ahli politik ternama. Pada tahun 1987, Shinzo, 29, hanyalah seorang pembantu politik biasa.

Namun atas nama cinta, Akie yang ketika itu berusia 22 tahun rela melepaskan kerjaya di agensi pengiklanan terbesar Jepun.

Akie dan Shinzo ketika hari perkahwinan. (Kredit foto: Ayman Rashdan Wong)

Pasangan yang sehati sejiwa itu tetap bahagia melayari bahtera perkahwinan meskipun tidak dikurniakan cahaya mata. Akie Abe pernah memberitahu media Jepun bahawa mereka berdua pernah melakukan rawatan kesuburan pada awal perkahwinan tetapi tidak berjaya.

Selepas tiga dekad mendirikan rumah tangga termasuk sembilan tahun sebagai wanita pertama Jepun, Akie terkenal dengan pandangannya yang lantang dan progresif.

Tidak seperti isteri mantan Perdana Menteri terdahulu, beliau enggan dibayangi suaminya. Sosialit itu mengukir peranan awam untuk dirinya sendiri dalam gaya yang lebih mirip dengan wanita pertama Amerika Syarikat.

Akie memiliki sarjana dalam kajian reka bentuk sosial dari Universiti Rikkyo. (Kredit foto: CNN)

Sementelah datang dari keluarga yang kaya raya, Akie tidak betah ‘duduk diam’.  Beliau membuka kafe ‘izakaya’ selepas Shinzo meletak jawatan sebagai Perdana Menteri pada tahun 2007.

Baru-baru ini Akie secara rasminya menjadi balu. Tiada lagi cinta 'mati' buat wanita itu apabila Shinzo terbunuh selepas ditembak ketika menyampaikan ucapan di bandar Nara. Pembunuhan itu mengejutkan dan menimbulkan kemarahan warga Jepun.

35 tahun mendirikan rumah tangga, pasangan ini bahagia walaupun tanpa kehadiran cahaya mata.

Jumaat lalu, Akie bergegas menaiki kereta api selama berjam-jam untuk berada di sisi buah hatinya di sebuah hospital di Nara.

Shinzo Abe adalah Perdana Menteri Jepun paling lama berkhidmat dan mungkin yang paling penting dalam kalangan pemimpin pasca perang negara itu

Namun keesokan harinya, dia membawa jasad ‘cinta hatinya’ pulang ke Tokyo dan berkabung bersama saudara mara serta tetamu di Kuil Zojo-ji.

Akie dilihat bergenangan air mata semasa berada di dalam kenderaan bersama jasad Shinzo.

Sayu, air mata Akie kelihatan bergenang saat mengiringi jasad suami tercinta. (Kredit foto: CNN)

PEMBUNUHAN SHINZO ABE

Shinzo berada di bandar Nara untuk menyokong calon tempatan partinya apabila dia dibunuh.

Tetsuya Yamagami, 41, melepaskan dua das tembakan dari senapang patah buatan sendiri. Kedua-dua tembakan mengenai bahagian leher dan dada menyebabkan pendarahan serius.

Suspek, Tetsuya Yamagami menggunakan senapang patah buatan sendiri

Yamagami yang ditangkap di tempat kejadian dan sejak itu memberitahu polis dia menyasarkan Abe kerana percaya ahli politik itu dikaitkan dengan Unification Church.

Dia berkata ibunya sebahagian daripada gereja yang dikenali oleh sesetengah pihak sebagai pemujaan. Keluarganya juga didakwa muflis kerana membuat sumbangan kepada pemimpin.

Sumber: CNN, Daily Mail

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang