MASIH ingat lagi tak seorang kanak-kanak perempuan yang sering tampil bersama bapanya tersayang ikon pencinta haiwan, Steve Irwin dalam pelbagai aksi bersama binatang?

Namun, kebahagiaan yang dirasai Bindi Irwin direntap apabila bapa beliau meninggal dunia 4 September 2006.

Bayangkan, pada ketika itu usianya baru sahaja mencecah lapan tahun dan seperti kanak-kanak lain beliau juga memerlukan sosok seorang bapa dalam kehidupannya.

Betapa cepatnya masa berlalu. Bindi kini sudah mendirikan rumah tangga dan bergelar ibu kepada seorang bayi perempuan yang comel!

Kasih sayang yang tidak pernah pudar terhadap bapanya mendorong Bindi mengabadikan nama keluarga, Irwin dalam nama tengah permata hatinya.

Baca juga [VIDEO] Seramnya, Lubang Mendapan Gergasi Hantui Petani Di Turki, Rekahan Semakin Hari Semakin Besar

 

Bindi atau nama sebenarnya, Bindi Sue Irwin berkongsi perkhabaran itu melalui Instagram.

Dalam satu hantaran beliau memuat naik gambar bersama suami, Chandler Powell sambil tersenyum memeluk anak perempuan mereka.

Pada foto tersebut ditulisnya kapsyen menyentuh hati tanda mengingati bapanya, Steve Irwin.

Titipan Bindi: “25 Mac 2021. Meraikan dua cinta dalam hidup saya. Selamat ulang tahun perkahwinan pertama kepada suami dan hari kelahiran anak perempuan kami yang cantik, Grace Warrior Irwin Powell.

“Pahlawan anggun kita adalah cahaya yang paling indah. Grace dinamakan sempena nenek moyang dan saudara keluarga sebelah suami, Chandler.

Iklan

“Sementelah, nama tengah, Warrior Irwin adalah penghormatan kepada ayah saya dan warisnya sebagai Wildlife Warrior yang paling luar biasa.

“Nama belakangnya Powell dan sudah mempunyai jiwa baik seperti ayahnya. Tiada kata-kata untuk menggambarkan kasih sayang yang tidak terhingga dalam hati kami untuk bayi perempuan ini. Dia memilih hari yang tepat untuk dilahirkan dan kami berasa sangat bahagia. “

Sebelum ini Bindi dikatakan menamakan bayinya ‘Baby Wildlife Warrior’ semasa mengumumkan kehamilannya pada Ogos tahun lalu.

“Warrior” akhirnya dipilih menjadi nama tengah bagi cucu mendiang Steve Irwin ini.

Iklan

Baca juga Oles Najis Lembu Pada Tubuh Elak Jangkitan Covid-19, Doktor Di India Beri Amaran

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Bindi Irwin (@bindisueirwin)

Direkodkan, Steve Irwin maut selepas diserang seekor ikan pari gergasi ketika menjalani penggambaran filem Ocean’s Deadliest di Great Barrier Reef, Australia pada tahun 2006.

Beliau dan isterinya, Teri merupakan pengacara rancangan The Crocodile Hunter antara tahun 1997 hingga 2004. Rancangan dokumentari telah tersebut mencipta fenomena sehingga menjadikan keluarga itu terkenal di seantero dunia.