Dakwa didera 3 tahun, wanita sanggup tak bercerai kerana suami terlalu tampan

A
A
A

HANYA kerana wajah suami yang kacak dan penampilan menarik, seorang wanita enggan berpisah.

Walaupun mendakwa menjadi mangsa keganasan rumah tangga dan akibat didera lelaki itu sejak tiga tahun lalu, dia enggan meninggalkan suaminya.

Lapor Mirror Press, wanita berusia 23 tahun bernama Li di Hunan, China ditemui mencangkung di tepi jalan dan menangis. Dia dihalau keluar dari rumahnya akibat keganasan rumah tangga dilakukan suami.

Baca juga: Terkejut lihat isteri tanpa mekap, lelaki rasa tertipu failkan cerai walau baru sebulan kahwin

Suami Li.

Li mendedahkan bahawa dia telah dipukul oleh suaminya beberapa kali. Suaminya berkeras untuk bercerai, namun dia tetap enggan berpisah.

Dia menyifatkan suaminya sangat kacak tidak dapat dipisahkan daripadanya. Melalui proses mediasi Li berharap agar suaminya dapat mengubah fikiran.

Menurut laporan media, Li berkenalan dengan suaminya melalui seorang rakan tiga tahun lalu.

Ketika kedua-duanya bertemu buat kali pertama, Li sangat tertarik dengan penampilan masing-masing.

Selepas kira-kira dua bulan bercinta, mereka berkahwin, Namun, selepas berkahwin pertengkaran sering timbul.

Pada mulanya ia hanya caci maki, tetapi selepas itu suaminya mula menumbuk dan menendangnya.

Baca juga: Gara-Gara Sorok Daripada Isteri, Lelaki Berputih Mata Duit Puluhan Ribu Digigit Tikus

Li yang sering mengalami lebam akibat dipukul lari ke rumah kedua ibu bapanya dan membuatkan mereka tertekan.

Namun, selagi suaminya meminta maaf, Li akan  patuh, tetapi saudara-mara dan keluarga kedua-dua pihak telah lama tidak tahan memujuk wanita itu untuk bercerai.

Si suami juga menyedari bahawa perkahwinan kedua-duanya tidak dapat diteruskan dan mengambil inisiatif untuk pergi ke mahkamah untuk memohon cerai.

Tetapi Li berkeras untuk tidak melepaskannya dan mengemukakan tiga syarat yang antaranya menekankan suaminya itu benar-benar kacak.

“Jika berpisah sukar untuk mencari lelaki tampan sepertinya lagi,” kata Li.

Bagaimanapun proses mediasi itu turut membongkar rahsia bahawa dia seorang yang cemburu buta.

Suami Li berkata bahawa punca kekasaran yang dilakukan adalah kerana Li terlalu mengongkong dan selalu mencurigainya.

Sebagai contoh, Li memeriksa telefon bimbitnya setiap hari untuk mencari tanda-tanda kemungkinan wujud hubungan sulit.

Baca juga: Isteri leka berTikTok diugut cerai, suami cemburu

Baca juga: Suami Sempat Tulis Lafaz Cerai Kepada Isteri Kedua Melalui WhatsApp Sebelum Meninggal Dunia

Malah katanya jika keluar, dia perlu melaporkan keberadaannya dengan kerap. Jika tidak dia akan disyaki mempunyai hubungan sulit.

Difahamkan, Li kini sedang hamil dan si suami berjanji akan menjaga Li dan kandungannya.

Dalam kesempatan itu, dia berharap agar isterinya itu juga akan memberi kepercayaan dan tidak bersangka buruk terhadap dirinya lagi.

Baca juga: Nekad Kahwin Lagi, Sanggup Palsukan Sijil Kematian Isteri

Jangan lupa follow Sinarplus di Instagram! 

Sumber: Mirror Press

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang