DEMI wajah sentiasa kelihatan cantik dan awet muda, sesetengah kaum wanita sanggup melakukan apa sahaja.

Kecantikan dan wanita begitu sinonim sehinggakan sejak dari dahulu sudah ada pelbagai tata cara atau rutin tertentu yang dicipta demi memastikan penampilan dan tubuh badan terjaga rapi.

Perawatan pada wajah juga menjadi titik tumpu pada setiap golongan wanita kerana ia ibarat jendela kepada personaliti diri kerana tatapan mata biasanya akan terpaku kepada pesona pada cerminan wajah seseorang.

Buktinya lihat sahaja deretan produk kecantikan di farmasi atau butik kosmetik, boleh dikatakan segalanya tentang kaum Hawa.

Tidak dinafikan sebilangannya memberikan hasil yang memuaskan, sementara lain tidak.

Wanita yang ghairah menjaga penampilan diri juga akan sanggup membuat apa sahaja demi mendapatkan produk kecantikan dan alat solek untuk berhias.

Seperti seorang wanita di Indonesia ini, dia sanggup membelanjakan wangnya untuk membeli alat solek daripada membeli makanan.

Menerusi sebuah klip video di Instagram @idemenuhariini, rakaman menunjukkan sebuah meja dipenuhi dengan alat solek mahal.

Pun begitu, terdapat sebuah pinggan hijau diletakkan di hadapan alat solek tersebut.

Wanita itu menjamah makanan yang dihidangkan dengan hanya nasi putih, garam halus dan hirisan timun.

Wanita tersebut kemudian menunjukkan alat-alat solek di hadapannya sebelum menyuapkan makanan ke dalam mulut.

Menjengah ruangan komen, video berkenaan mendapat perhatian warga maya yang rata-rata mengatkan itu adalah pilihan masing-masing.

“Tak apalah dia nak cantik dan memilih untuk kekal langsing gitu.”

“Pilihan masing-masing yang penting tidak menyusahkan orang.”

“Aduhai habis semua duit kerana alat mekap, memang kais-kais lah duit untuk makan pula.”

“Bagi prinsip saya, makanan adalah nombor satu.”

“Wanita dan cantik berpisah tiada, tapi kalau taksub sangat memang sanggup buat apa sahaja lah.”

Baca juga Nak tahu produk itu sesuai atau tidak dengan kita? Pakar kulit ini beri tunjuk ajar

cantik

Sementara itu, ini tip menjaga kecantikan diri yang tidak mengeluarkan duit yang banyak untuk membeli alat solek;

1. Kenal pasti apakah hidangan yang anda ambil dalam tempoh masa sehari.

Elakkan pengambilan makanan terlalu pedas, ditapai, garam tinggi, masam dan bergoreng. Amalankan diet rendah lemak dan kurangkan pengambilan gula berlebihan.

Cuba ambil makanan seperti oat, sayur-sayuran, buah-buahan segar dan kandungan tinggi protein.

2. Air suam

Biasakan diri untuk basuh muka dengan air suam sekurang-kurangnya tiga kali sehari.

Lakukan juga urutan muka perlahan-lahan dalam gerakan bulat.

Pastikan pembersih wajah mengandungi asid alfa hidroksil atau asid beta hidroksil.

Selepas basuh, keringkan dan sapukan dengan losyen yang mengandungi benzoyl peroksida.

Jika jerawat tiba-tiba muncul, cuba basuh di bahagian tersebut dengan air mawar dan letakkan uncang teh hijau sejuk selama 10 minit.

Pastinya wajah sentiasa dibersihkan selepas memakai kaca mata.

3. Rawatan sendiri

Jangan lupa untuk manjakan diri dengan melakukan urutan lembut pada bahagian muka.

Iklan

Gunakan minyak yang diperbuat daripada mustard, kelapa atau badam kerana ia merupakan agen khasiat yang baik untuk kulit.

Sambil mengurut wajah, pasangkan audio muzik ketenangan sekitar 20 minit.

Kulit pasti akan lebih terasa segar dan bersinar.

4. Tidur

Sudah pastinya rehat yang cukup atau tidur sekitar tujuh hingga lapan jam setiap malam dapat menghindari masalah kulit.

Sekiranya terdapat lingkaran gelap atau kenduran bawah mata, cuba sapukan dengan madu pada wajah sebanyak dua atau tiga kali seminggu.

Jangan lupa cuci muka dan pakai pelembab wajah setiap kali sebelum tidur.

Jika kulit kering, elakkan membasuh muka dengan air hangat atau mengguna produk pembersih tinggi alkohol.

5. Bersenam

Melakukan aktiviti fizikal seperti bersenam, joging atau yoga boleh melancarkan pengaliran darah dalam badan.

Iklan

Jangan lupa tentang penjagaan kulit sebelum dan selepas bersenam.

Sapukan toner untuk membantu mengurangkan pengeluaran minyak sebelum keluar bersenam.

Baca juga [15 FOTO] Ratu Elizabeth II ikon gaya elegan, kisah disebalik topi, rantai mutiara dan sut terang

Kesimpulan, disiplin dan rajin perlu untuk mendapatkan hasil kulit wajah yang menawan.

Sebaiknya jadikan ia sebagai rutin harian agar hasilnya lebih memuaskan.

Sebarang alahan atau perubahan pada kulit wajah, perlu mendapat nasihat daripada pakar perubatan.

Jadi, selamat mencuba!

Sumber: Suara.com

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang menginspirasikan.