SEJAK dulu lagi, fenomena lambakan produk kecantikan yang kononnya boleh menghilangkan jerawat dan memutihkan kulit sentiasa ada.

Kepada yang mudah terpengaruh, mesti akan membelinya, lebih-lebih lagi jika harga yang ditawarkan murah.

Begitu juga dengan produk-produk yang dijual di kedai-kedai, farmasi atau yang berjualan di dalam talian.

Pun demikian, anda perlu tahu, tidak semua item yang dijual bersifat mesra pada semua jenis kulit.

Sebagai langkah berjaga-jaga, amat penting untuk kita melakukan percubaan terlebih dahulu untuk mengenal pasti sama ada kita alah terhadap sesuatu produk atau sebaliknya.

SinarPlus merujuk perkongsian Pakar Kulit, Klinik Pakar Kulit, Wan Skin Specialist, Alor Setar, Kedah, Dr Wan Syazween Lyana Wan Ahmad Kammal yang berkongsi tip yang boleh dilakukan untuk mengetahui tahap alergi kita terhadap barangan atau produk kulit baharu yang mahu dicuba.

Baca juga: Ubat hilangkan jerawat tak boleh diambil semberono demi elak dapat bayi cacat

Dalam penulisannya di laman sosial, Twitter, Dr Wan Syazween Lyana menerangkan teknik yang boleh digunakan.

Antaranya adalah dengan kaedah Repeat Open Application Test iaitu datu ujian yang boleh dilakukan sendiri di rumah. Berikut cara-caranya:

i) Kenal pasti kawasan kulit yang tidak terdedah kepada matahari seperti pada tangan di antara pergelangan ke siku.

ii) Langkah seterusnya adalah dengan sapukan produk tersebut pada kulit dalam saiz berukuran 5 x 5 sentimeter, kemudian biarkan dan tidak perlu ditutup.

iii) Ulangi langkah yang sama dua kali sehari selama seminggu dan diingatkan untuk sapu pada bahagian kulit sama supaya hasil ujian dapat dilihat.

iv) Sekiranya ia produk sabun mandi atau syampu rambut, lakukan teknik serupa dan cuci semula dengan air selepas seminit.

Dalam pada itu, Dr Wan Syazween Lyana berkata, pengguna dinasihatkan agar tidak mencuba barangan yang mengandungi bahan kimia yang kuat seperti pencuci baju, lantai dan tandas kerana ia boleh memicu kepada kelecuran kimia (chemical burn).

HASIL UJIAN

Iklan

Berbalik semula kepada teknik Repeat Open Application Test. Kata pengamal perubatan itu lagi, keputusan dapat dilihat setelah tiga hari atau lebih.

Jika kulit anda menunjukkan hasil tindak balas yang tidak sepatutnya, ini yang akan berlaku:

i) Kulit kelihatan kemerah-merahan.
ii) Gatal pada bahagian kulit yang disapu.
iii) Kawasan kulit menjadi kering.
iv) Berasa pedih dan sakit.
v) Kulit mengelupas.

Justeru, jika anda mengalami gejala yang disenaraikan itu, hentikan penggunaan produk itu dengan segera.

Iklan

Satu lagi pesan beliau, elak pembelian produk dalam skala yang besar.

“Tak salah nak guna produk baru tetapi lebih baik beli set percubaan supaya kulit selamat dan dompet pun tak ‘bocor’,” ungkapnya.

Baca juga: Sup ketam, jus betik sembuhkan demam denggi? Ini penjelasan pengamal perubatan

Baca juga: Akibat suntik breast filler sendiri, dua wanita diserang sawan. Pakar ini kongsi kisah ngeri

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan