Dia hina saya…cukup nak cerai sekarang.' Pengantin perempuan ‘mengamuk’ lepas akad nikah

JANGAN main-mainkan hati perempuan! Bayangkan seorang wanita tiba-tiba bangun dan nekad minta cerai sebaik saja selesai lafaz akad nikah sehingga mengejutkan semua orang.
Itulah yang berlaku dalam satu video tular membabitkan sepasang pengantin di Pali, Sumatera Selatan, Indonesia dalam satu majlis perkahwinan.
Lapor Tribun Bengkulu, video kejadian itu dipercayai dirakam di Kampung Betung, Pali dan dimuat naik ke media sosial oleh beberapa individu termasuk @kegblgnunfaedh di platform X.
Dalam rakaman berdurasi pendek itu, pasangan pengantin kelihatan segak dan anggun dalam pakaian serba putih, bersedia untuk lafaz akad.
Tok kadi pun memulakan bacaan:
“Hai Gunawan bin Maisin, aku nikahkan engkau dengan anakku yang bernama Miranti dengan mas kahwin Rp250 ribu, tunai.”

Pengantin lelaki pun menjawab yakin:
“Saya terima nikahnya dengan mas kahwin tersebut.”

Majlis disambut dengan lafaz sah oleh para tetamu tapi nak dijadikan cerita, lepas itu suasana terus kecoh.
“Pak Imam, saya nak cerai!”

Dalam video tersebut, si pengantin perempuan terus berdiri dan bersuara lantang:
“Pak Imam, saya nak cerai, saya tak selesa. Dia hina saya. Cukup, saya nak cerai!”
Dengan wajah kecewa dan nada marah, wanita itu terus bangun dan keluar dari dewan.
Tetamu yang hadir pun terdiam dan rata-rata mereka bingung dengan keadaan yang tiba-tiba jadi riuh selepas pengantin keluar.

Nikah siri tanpa daftar
Nak dipendekkan cerita, rupa-rupanya sesi pernikahan itu tidak didaftarkan dengan mana-mana pejabat agama dan tidak dibuat ikut prosedur rasmi.
Menurut Ketua Unit Bimbingan Masyarakat Islam Pali, Ayubi menjelaskan, perkahwinan siri itu tidak sah di sisi undang-undang

“Perkahwinan tu bukan dilakukan oleh mana-mana pejabat agama atau tok kadi yang sah di bawah pejabat agama. Ia dibuat secara rahsia tanpa daftar dan tanpa kursus praperkahwinan seperti biasa.”
Beliau turut nasihatkan orang ramai supaya elakkan kahwin secara rahsia atau tak sah undang-undang, sebab banyak risiko termasuk kalau berlaku perceraian atau tuntutan hak.

“Kalau kahwin tak daftar, perceraian pun tak boleh dibawa ke Mahkamah Syariah. Sebab status suami isteri tu tak wujud secara sah di sisi undang-undang.”
Tidak seperti Malaysia, konsep nikah atau kahwin siri iaitu perkahwinan yang tak didaftarkan secara rasmi di pejabat agama walaupun sah dari segi agama.

Meskipun cukup rukun, ia tetap dianggap tidak sah dari sudut undang-undang.
Akibatnya, isteri dan anak-anak tak ada perlindungan hak dan mereka tak boleh buat aduan atau tuntutan rasmi kalau berlaku apa-apa.
Sekiranya nak bercerai pun, tak boleh ikut saluran mahkamah. Selain tu, dalam Islam juga kahwin tanpa wali atau tanpa pengetahuan keluarga adalah tidak sah.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang