Perkahwinan 22 Tahun hampir ke noktah. Mahkamah tetap 5 Mei untuk Lafaz Cerai.'Isteri saya nekad, saya juga sudah bersedia...'
HATI mana yang tidak rasa pilu, namun itulah hakikat yang perlu ditelan pelakon popular, Edika Yusof apabila mengakui dirinya sudah bersedia melafazkan cerai terhadap isteri tercinta, Nor Hidayah Yusri.
Menurut Edika, keputusan itu bukan dibuat selepas cadangan untuk melibatkan khidmat pakar perubatan bagi menyelamatkan rumah tangga mereka tidak mendapat kata sepakat daripada pihak isteri.
Bagaimanapun, lafaz cerai tidak dapat dilakukan hari ini kerana Nor Hidayah dilaporkan berada dalam keadaan tidak suci.
Susulan itu, Mahkamah Syariah Kuala Lumpur menetapkan 5 Mei depan sebagai tarikh lafaz cerai.
"Isteri saya nekad untuk bercerai, jadi saya pun bersedia bagi lafaz tetapi disebabkan dia tidak berada dalam keadaan suci maka akan dibawa kepada satu tarikh satu bulan akan datang pada 5 Mei," katanya.
Edika berkongsi perkembangan tersebut ketika ditemui SinarPlus sejurus selesai prosiding di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur pada Selasa.
Dalam perkembangan sama, Edika turut meluahkan rasa terkilan apabila menyifatkan tuduhan yang dilemparkan isterinya ketika prosiding pertama hari ini sebagai keterlaluan dan tidak berasas.
Namun, pelakon berusia 58 tahun itu tampil menjelaskan bahawa segala perselisihan yang berlaku antara mereka hanyalah sekadar teguran dan nasihat sebagai suami.
"Kebiasaannya, kalau kami bergaduh pun hanya berdua. Selalunya sekejap saja, lepas tu baik semula. Tapi saya tak pasti kalau dia ada simpan dalam hati. Sejak tahun 2022, saya mula nampak perubahan pada dirinya, sampai saya ambil keputusan untuk dapatkan sesi kaunseling," kongsinya.
Pagi tadi berlangsungnya sebutan kedua bagi kes permohonan cerai yang difailkan oleh Nor Hidayah pada pertengahan Februari lalu.
Tarikh ini ditetapkan selepas suaminya, Edika Yusof, gagal hadir dalam prosiding pertama sebelum ini.
Untuk rekod, pasangan ini pernah menjadi perhatian ramai apabila Edika digelar suami mithali kerana setia menjaga Nor Hidayah yang lumpuh separuh badan selepas melahirkan anak mereka.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang
