BERBEZA dengan sekolah-sekolah tipikal lain yang riuh dengan gema suara para pelajar dan guru-guru, namun ia tidak berlaku di sebuah sekolah yang terletak di Kenya.

Sekolah yang dipanggil sebagai Serene Haven Secondary yang berada di kaki bukit Gunung Kenya itu lebih meriah dengan suara dan hilai tawa bayi yang memenuhi ruang kelas berkenaan, demikian lapor portal dunia.tempo.co.

Ya, tempat itu bukan seperti sekolah biasa kita lihat. Sebaliknya, ia merupakan tempat pendidikan yang dianggap sebagai peluang kedua buat ibu-ibu muda dan mereka yang sedang hamil untuk menamatkan sesi persekolahan mereka.

Reuters melaporkan, data kerajaan Kenya menunjukkan pelajar perempuan yang mengandung lazimnya akan diminta meninggalkan sekolah.

Sebelum pandemik Covid-19 ditemui, sudah ada kira-kira 13,000 gadis di negara itu berhenti sekolah!

Semuanya ada kaitannya dengan masalah logistik, stigma, kewangan dan kehamilan. Pada tahun ini juga, angka itu dijangka akan terus meningkat.

Penutupan sekolah di Kenya akibat lockdown juga sebenarnya telah meningkatkan lagi statistik kehamilan dan kekerasan seksual di negara berkenaan.

Sekolah ibu hamilKepada Reuters, seorang remaja wanita yang hanya dikenali sebagai Emily, 17, berkata, dirinya sering kali menerima tekanan dan kekerasan daripada seorang lelaki yang berjanji untuk mengajarnya ketika sekolah ditutup gara-gara pandemik berkenaan.

“Ibu saya tak benarkan saya kembali ke sekolah. Saya sangat risau jika mereka (rakan di sekolah) akan berkelakuan tidak baik dan mengganggu saya,” katanya yang kini hamil enam bulan.

Nasib menyebelahinya apabila Emily dipertemukan dengan bekas sukarelawan yang mendirikan sekolah percuma dengan perkhidmatan jagaan bayi dan perkhidmatan kaunseling, Elizabeth Wanjiru Muriuki.

Sejak dibuka mulai bulan lalu sama seperti sekolah-sekolah lain di Kenya, Serene Haven menjadi tempat tumpuan ibu-ibu muda.

Sambil berjalan ke sekolah dan melalui keliling bangunan itu, mereka dilihat mengendong bayi kecil. Malah, terdapat jururawat bertugas yang akan membantu apabila khidmat mereka diperlukan.

Iklan

Jelas Muriuki, pada peringkat awal, mereka hanya menjaga tiga orang bayi yang berusia lebih satu tahun.

“Semasa Covid-19, semakin banyak bayi lain dilahirkan,” katanya.

Baca juga Keliling kota edar makanan pada orang miskin, tindakan wanita ini menyentuh hati netizen

Muriuki juga sebenarnya seorang ibu muda yang mempunyai anak pada usianya masih muda belia.

Iklan

Namun, wanita itu berjaya membuktikan dirinya mampu menamatkan sesi persekolahannya dan mempunyai kerjaya sendiri.

Ternyata kisah Muriuki itu menjadi inspirasi kepada anak-anak remaja itu untuk berjaya dan merencana masa depan terbaik buat masa depan diri mereka.

Sumber & Foto: dunia.tempo.co & Reuters