Didera sampai mati! Kisah tragis Arabella buka mata pihak berkuasa. Ini kronologi kes
DERA sampai mati! Begitu tragisnya kisah seorang kanak-kanak perempuan yang dibiarkan kelaparan sehingga menemui ajal di California, Amerika Syarikat.
Lapor Mirror UK, Arabella McCormack yang berusia 11 tahun dilaporkan mengalami kekurangan zat makanan yang teruk selepas disahkan meninggal dunia di rumah keluarga angkatnya.
Arabella bersama dua beradiknya dijaga oleh Leticia McCormack, 49, dan suaminya, Brian yang mengambil mereka sebagai anak angkat pada tahun 2019.
Menurut rekod polis, suspek yang tinggal bersama kedua ibu bapanya, Stanley dan Adella Tom didakwa telah menyeksa tiga beradik berkenaan tanpa belas kasihan.
Lagi teruk, bukan sahaja dibiarkan kelaparan tanpa sebarang makanan, kanak-kanak malang tersebut juga dipukul dengan kejam menggunakan kayu.
Pada mulanya, suspek dan ahli keluarganya melayan kanak-kanak terbabit dengan teruk termasuk melarang mereka menggunakan bilik air dan makan.
Kemuncaknya, Arabella dikejarkan ke hospital pada Ogos lalu kerana dikatakan tidak sedarkan diri.
Hasil siasatan lanjut mendapati, si kecil itu mengalami pengurangan berat badan yang teruk iaitu hanya 22 kilogram ketika disahkan meninggal dunia.
Pada masa sama, kanak-kanak perempuan berkenaan dikesan mengalami kecederaan 15 tulang patah dalam beberapa bulan sebelum kematiannya.
Baca juga Ditinggalkan ibu, bayi 3 bulan didera bapa sampai mati, berikut kronologi kejadian menyayat hati
Lebih mengejutkan, suami suspek bertindak membunuh diri selepas siasatan dijalankan pihak polis.
PENDERAAN BERTERUSAN
Menurut pendakwaan peguam daerah, penderaan tragis tersebut turut dibuktikan dengan mesej teks antara Leticia dan suaminya.
Dalam mesej tersebut, Brian berkata, dia percaya Arabella sedang berada dalam keadaan nyawa-nyawa ikan akibat kelaparan dan akan mati tidak lama lagi.
Meskipun tahu kanak-kanak tersebut sudah kebuluran dan lemah, namun mereka masih membiarkan tanpa sebarang tindakan untuk menyelamatkannya.
Pihak peguam bela menegaskan bahawa suspek merupakan individu yang tidak bertanggungjawab kerana mendera dan menganiaya insan tidak bersalah.
Ahli keluarga suspek juga bersubahat dengan perbuatan terkutuk tersebut kerana mereka 'bekerjasama' memberi kesengsaraan kepada mangsa.
Ketiga-tiga suspek turut didakwa atas pertuduhan penderaan dan penyeksaan terhadap kanak-kanak, malah permohonan ikat jamin juga ditolak mahkamah.
Akhirnya, nasib dua beradik yang masih terselamat dapat dibela dengan sewajarnya.
Sebenarnya, banyak kes sama dilaporkan antaranya:
1. Sebuah video viral mengenai seorang wanita yang didakwa mendera anak angkatnya dengan menarik rambut di hadapan rumah di Tanjung Sepat, Kuala Langat pada Ogos 2022. Bagaimanapun, wanita berusia 60 tahun sudah ditahan polis di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.
2. Seorang wanita didakwa mendera bayi berusia 16 bulan di Korea Selatan sehingga menyebabkan kematian. Mangsa, Jung-In dipukul dengan ganas hingga menyebabkan kecederaan dalaman yang membawa maut pada 13 Oktober 2020.
3. Pada April hingga November 2017, dua anak angkat dilaporkan meninggal dunia selepas didera keluarga angkat, Fort Bragg. Mereka disahkan mengalami kecederaan teruk akibat dipukul sehingga patah tulang pada beberapa bahagian badan.
Sesungguhnya, pelaku diharapkan dapat diberikan hukuman setimpal demi membela nasib anak-anak yang tidak berupaya.
Lebih malang jika mangsa diambil daripada rumah jagaan dan dijaga keluarga yang mempunyai niat jahat.
Moga insiden menyedihkan ini memberi iktibar buat kita semua.
Jika terdapat kes sama yang berlaku di kawasan kejiranan, bertindaklah mengikut undang-undang.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang