Dijual sejak lahir, remaja 'pergi' buat selama-lamanya lepas 2 kali dibuang keluarga kandung

A
A
A

KASIH sayang daripada kedua ibu bapa didambakan setiap insan. Apatah lagi pada usia yang masih muda, anak-anak adalah di bawah tanggungjawab ibu bapa untuk diberikan perhatian.

Bagaimanapun kisah remaja ini menyentuh hati apabila dibuang keluarga kandung dua kali hingga menyebabkan dia kecewa dan tertekan.

Liu Xuezhou, 17 tahun dijual oleh ibu bapa kandung sejak lahir pada 2005.

Dia pertama kali bertemu bapanya di Shijiazhuang, ibu kota Hebei, pada 27 Disember, menurut Sina News.

Baca juga: 33 tahun terpisah, lelaki mangsa culik jumpa semula ibu kandung berbekalkan peta dilukis tangan

Bagaimanapun keluarga angkat remaja itu meninggal dunia akibat letupan bunga api ketika dia berumur 4 tahun menjadikannya Liu 'yatim piatu' sekelip mata.

Dia kemudian menumpang kasih datuk dan nenek keluarga angkat sementara perbelanjaan ditanggung saudara-mara bapa angkatnya.

Remaja itu berkata di laman sosial Weibonya tahun lalu bahawa dia bekerja sambilan untuk membayar kos pengajian.

Semasa mencari ibu bapa kandungnya, Liu telah memberitahu penonton laman sosial itu bahawa dia dilahirkan di wilayah Hebei antara 2004 dan 2006 dan telah dijual oleh ibu bapanya kepada keluarga lain yang mengambilnya sebagai anak angkat.

Polis dimaklumkan mengenai pencarian Liu dan menemui bapa remaja itu melalui ujian DNA pada 15 Disember.

Kemudian pada 6 Disember, Liu menghantar ke Weibo bahawa dia telah dapat menjejaki ibu bapa kandungnya. Kisahnya menjadi viral.

Selepas pertemuan dengan keluarga kandung, semuanya menggembirakan pada awalnya.

Bagaimanapun hubungan itu bertukar menjadi keruh sebelum dia diabaikan sekali lagi oleh ibu bapa. Malah dipercayai ibu kandung remaja itu turut menyekatnya di media sosial.

Dia pertama kali bertemu bapanya di Shijiazhuang, ibu kota Hebei, pada 27 Disember, menurut Sina News.

Liu menyiarkan gambar yang dilaporkan menunjukkan dia bersama bapanya di Weibo tentang pertemuan semula mereka yang pada mulanya gembira, menulis 'Kami telah bertemu!' dan berterima kasih kepada pihak yang membantu dalam pencariannya.

Bagaimanapun, Liu berkata bahawa bapa enggan menerima kehadirannya dan memberitahu bahawa dia sudah membina keluarga lain setelah menceraikan ibunya sebelum ini.

Remaja itu kemudian dapat menjejaki ibunya pada Januari, menemuinya di Inner Mongolia. Tetapi si ibu juga menolaknya. Bahkan pertemuan semula mereka dilaporkan tidak disenangi ibu apabila dia meminta sokongan kewangan.

Baca juga: Dua beradik dicampak dari tingkat 15 oleh bapa kandung sendiri, kisah tragis ini buat ramai berang

Beijing News melaporkan bahawa si ibu ingin kehidupan yang aman. Ibu Liu memberitahu dia sudah mempunyai keluarga sendiri untuk ditanggung.

Beberapa laporan menyatakan ibu bapa kandungnya telah berkahwin semula dan mempunyai keluarga baru.

Menurut saluran berita itu, ibu bapa kandungnya kemudian mengumpulkan wang mereka bersama-sama untuk membawa Liu bercuti ke Sanya.

Menjadi anak yang diabaikan dan keluarga yang telah bercerai memeritkan. Justeru, Liu dilaporkan meminta sama ada untuk tinggal bersama salah seorang daripada mereka atau membayar sewa tempat tinggal.

Ibu bapa kandungnya menolak kemahuan anak mereka. Ibunya dilaporkan telah menyekatnya pada aplikasi pemesejan China, WeChat.

Baca juga: 7 bulan menyamar doktor pelatih di Australia, wanita Malaysia didenda RM29,743.59

Liu menolak dakwaan dia meminta dibelikan rumah sebaliknya hanya meminta ibu bapa kandung membayar sewa sahaja.

Remaja itu kemudiannya berkata dia akan menyaman ibu bapanya kerana ditinggalkan. Liu didakwa menulis di Weibo  bahawa dia akan 'bertemu mereka di mahkamah'.

Apabila kisahnya tular, Liu berkata orang ramai mula menghantar mesej kesat kepadanya. Menurut The Insider, setakat perbualan Isnin mengenai kematian Liu, carian dan ibu bapanya mencecah 150 juta tontonan.

Pada malam Ahad, Lui menyiarkan ‘nota’ di platform media sosial, mencetuskan panik di kalangan pengikutnya yang menggesanya supaya tidak membunuh diri.

Mereka cuba memaklumkan pihak berkuasa tempatan tentang keadaan Liu dan cuba mengesan keberadaan Liu.

Dalam hantaran itu, Liu menulis:

“Dalam beberapa hari lalu, terdapat orang yang menyerang dan mengutuk saya di Douyin dan Weibo. Saya telah bertahan dipanggil pelbagai jenis kutukan."

"Matahari bersinar di laut dan saya juga berasal dari laut. Apabila saya menamatkan hidup saya di sini, saya akan membawa bersama pemandangan terindah di dunia ini," titipnya.

Catatan itu menceritakan kisah hidup bagaimana dia kini telah ditinggalkan dua kali oleh ibu bapa kandung.

Ibu saudaranya kemudian mengesahkan bahawa dia telah ditemui meninggal dunia beberapa jam selepas menyiarkan nota itu yang mana jasadnya ditemui di pantai di Sanya.

Semenjak itu, difahamkan halaman Weibo Liu sejak itu dibanjiri komen pengikut yang meluahkan rasa simpati dan marah terhadap pembuli siber serta ibu bapa kandung remaja itu.

Baca juga: 24 Tahun Cari, Jelajah 20 Wilayah, Bapa Temui Semula Anak Diculik

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Sumber: Daily Mail

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang