Dilahirkan perempuan tapi berubah jadi lelaki disebabkan DSD, kisah remaja di Indonesia bikin ramai terkejut

No Image Caption
A
A
A

SIAPA sangka, kisah seorang remaja perempuan di Kabupaten Karawang, Jawa Barat, Indonesia menggemparkan dunia apabila dikatakan berubah jantina.

Ini bukan kes ubah jantina yang suka-suka tu ya, tapi Raras Sari Murti atau mesra disapa Raras berdepan gangguan perkembangan seksual iaitu Differences in Sex Development (DSD).

DSD merupakan satu kondisi kelainan kesihatan yang jarang-jarang berlaku melibatkan gen, hormon dan organ pembiakan termasuk alat kelamin.

Kadang-kadang istilah DSD disebut para doktor sebagai Variations in Sex Characteristics (VSC) atau terdapat individu yang lebih selesa guna terminologi ‘interseks’.

No Image Caption



Kebarangkalian untuk seorang kanak-kanak dilahirkan dengan masalah DSD adalah kira-kira satu dalam 1,000 hingga 4,500 kelahiran hidup.

Lapor Detik Jabar, kehidupan remaja berusia 16 tahun itu cukup menyedihkan apabila mengalami banyak perubahan fizikal sejak usia mencecah 12 tahun.

No Image Caption



Daripada susuk budak perempuan bertudung semasa zaman sekolah rendah tapi sekarang tak ubah seperti remaja lelaki yang lasak buat kerja kampung.

Selepas keadaan fizikalnya berubah mendadak dan tak seperti perempuan lagi, budak itu kemudian menjadi bingung apabila terpaksa menukar jantina kepada lelaki.

No Image Caption



Mana tidaknya, meski mempunyai sistem pencernaan wanita, namun hasil imbasan USG mendapati Raras mempunyai alat kelamin lelaki tetapi kedudukannya lebih ke dalam.

Boleh dikatakan Raras mempunyai bahagian intim lelaki dan perempuanlah. Cuma yang berfungsi untuk buang air kecil dan pundi kencing masih guna alat sulit perempuan.

No Image Caption



“Sekarang ini, untuk kencing masih guna yang perempuan tetapi saya kena buat pembedahan lain supaya alat kelamin lelaki boleh berfungsi,” katanya.

Ditinggalkan emak ayah

Nak dijadikan cerita, Raras mempunyai kisah cukup sedih. Remaja itu ditinggalkan ibu bapanya selepas bercerai dan tinggal di pondok usang bersama datuk dan neneknya.

Ibunya dikatakan menetap di Subang manakala bapanya di Cilamaya selepas berpisah.

No Image Caption



Raras bagaimanapun hanya dapat menumpang kasih sayang daripada datuk dan nenek yang dipanggil emak dan abah sejak lahir lagi.

“Saya pernah jumpa sekali jer bapak dan mamah ada datang jumpa dua kali. Sampai sekarang saya tak pernah tinggal serumah dengan mereka,” katanya.

No Image Caption



Disebabkan sudah terbiasa hidup sendiri, Raras lebih suka menghabiskan masa dengan menolong datuk dan nenek sama ada meniaga atau kerja di sawah.

"Jadi sejak habis belajar darjah enam lagi, saya memang dah tak selalu main dengan kawan perempuan, sebab masa yang ada kena bantu emak dan abah.

"Sebab dari kecil lagi dah biasa tolong emak meniaga, tolong abah kerja kat sawah sebab kerja mereka memang itu jer. Itulah hasil yang sara hidup kami sampai sekarang,” ceritanya.

No Image Caption



Hidup susah dengan kerja berat di bendang menjadikan mental Raras lebih kuat, bahkan dia akui tak malu atau rendah diri apabila didiagnosis dengan penyakit DSD.

Penjual kuih cilik itu kini sudah bertukar nama menjadi Ahmad Prasetio juga berharap kerajaan dapat membantu dari segi kewangan dan sokongan untuk proses tukar identiti.

Artikel Berkaitan:

No Image Caption



“Saya harap ada pihak yang boleh tolong untuk pengurusan dokumen sebab identiti kena tukar. Saya juga perlu mendapatkan rawatan intensif untuk proses pemulihan nanti,” luahnya.

Tak semua orang boleh terima perubahan fizikal secara total, malah boleh bikin stres jika memikirkan pandangan serong orang ramai yang selalu judge tanpa fikir panjang.

Harap masalah Raras atau kini dipanggil Ahmad dapat diselesaikan dengan baik dengan bantuan pihak prihatin selain dapat menjalani terapi pemulihan.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang