Elak hamil, lelaki maut selepas letak gam kuat pada alat sulit

Elak hamil, lelaki maut selepas letak gam kuat pada alat sulit
Elak hamil, lelaki maut selepas letak gam kuat pada alat sulit
A
A
A

PELIK tapi benar! Begitulah kejadian yang berlaku di Gujarat, India.

Seorang lelaki dilaporkan meninggal dunia setelah bertindak menutup bahagian hujung alat sulitnya menggunakan gam kuat.

Lapor Daily Star, Salman Mirza, 25, bertindak sedemikian apabila tersedar dia terlupa membawa kondom ketika menempah sebuah bilik hotel bersama tunangnya.

Pasangan tersebut kemudian menggunakan gam kuat untuk menutup alat sulit lelaki itu sebelum melakukan hubungan seks sebagai langkah mencegah kehamilan.

Bagaimanapun ia berakhir dengan tragedi apabila dia ditemui tidak sedarkan diri di dalam bilik hotel tersebut oleh seorang rakannya, Firoz Shaikh.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

tip hubungan

Salman akhirnya dibawa ke Hospital Awam Sola kerana keadaan kesihatannya merosot sebelum dia disahkan meninggal dunia.

Ketika pemeriksaan forensik, Salman disahkan meninggal dunia akibat kaedah pencegahan kehamilan yang dibuatnya.

Baca juga Abang gelap, adik cerah, pasangan kembar lain kaum jarang ditemui

Firoz percaya Salman bertindak sedemikian mungkin berada di bawah pengaruh dadah ketika kejadian dan tidak menyedari tindakannya itu boleh membawa padah.

Kata seorang penyiasat kejadian, Salman dan pasangannya itu mungkin menghidu gam tersebut yang dicampur bersama dadah sebelum menggunakan gam itu pada alat sulitnya.

Menurutnya, ia bagaimanapun telah merosakkan organ lelaki itu dan mangsa meninggal dunia akibat kegagalan organ lain.

Sumber: Agensi

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang