KEMUNCULAN ribuan ikan di pantai sering kali dikaitkan dengan petanda bencana. Namun kejadian yang berlaku di sepanjang pantai Coliumo berhampiran Concepcion, di wilayah Biobio Chile masih menjadi misteri.

Rakaman foto menunjukkan sejumlah besar ikan telah mati terdampar di tepi pantai menyebabkan pantai kelihatan berkilau.

Baca juga: Ada kesan darah bersama najis, gajah betina mati terduduk di Padang Terap

Baca juga: Awas! 8 negeri ini berpotensi dilanda puting beliung, berikut 6 fakta anda perlu tahu

Menurut laporan media tempatan, Pegawai Alam Sekitar Chile sedang menyiasat punca terjadinya fenomena itu dengan meneliti kualiti air.

Tahun lalu, insiden serupa pernah dilaporkan dan hasil siasatan mendapati kandungan oksigen dalam air yang rendah menjadi punca spesies tersebut berenang ke arah pantai dan akhirnya mati.

Selain di Chile, kejadian ikan terdampar di pantai pernah berlaku di beberapa lokasi lain. Antaranya pada April tahun lalu, ratusan ikan lumba-lumba dan ikan dihanyutkan di pantai di Accra, Ghana.

Baca juga: 7 fakta Taufan Rai, membadai Filipina 195km/j, hampir 400 maut

Kajian mendapati ia berpunca daripada masalah persekitaran dan faktor tekanan.

Iklan

Pada Oktober tahun lalu juga, ribuan ikan kecil pernah dihanyutkan di Pantai Chesil di Dorset, United Kingdom.

Agensi Alam Sekitar UK mendapati ia disebabkan kejadian semula jadi susulan spesies ikan besar mengejar ikan yang bersaiz kecil sehingga berakhir di pantai.

Bagaimanapun, insiden ikan dihanyutkan ke pantai Bali pada Julai 2019 adalah petanda bencana alam.

Iklan

Ribuan ikan terdampar di Pantai Canggu dan Pantai Batu Bolong sejurus sebelum terjadinya gempa bumi bermagnitud 6 pada skala Richter.

Baca juga: Waspada! La Nina berterusan hingga Mei, angin kencang, hujan lebat dijangka di Pantai Timur, Sabah, S’wak

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Sumber: Metro UK