Ada kesan darah bersama najis, gajah betina mati terduduk di Padang Terap

A
A
A

TUBUHNYA yang besar telah kaku dalam keadaan terduduk.

Menerusi paparan foto, jelas menunjukkan kesan linangan air mata pada wajah. Malah darah turut dikesan bersama najisnya.

Entah apa yang dilalui haiwan itu pada akhir hayatnya, mungkinkah sakit mahupun terseksa?

Penemuan jasad mamalia itu dalam keadaan tidak bernyawa menggemparkan negara.

Demikian kisah seekor gajah betina ditemukan mati di tepi Jalan Empangan Pedu di Kampung Pinang, Pedu, Kedah menjadi tular di laman sosial.

Baca juga: [VIDEO] Gajah nakal jenguk dapur, pecah dinding untuk 'curi' beras

Menurut laporan agensi berita, ia pada awalnya diijumpai oleh penduduk kampung yang keluar menoreh getah kira-kira jam 7.30 pagi.

Seorang penduduk kampung Shazwan Ismail, 25, berkata dia dimaklumkan mengenai kejadian itu oleh penduduk lain yang terserempak dengan gajah berkenaan semasa keluar menoreh getah.

"Apabila sampai (di lokasi kejadian), saya dapati gajah ini sudah mati dan dalam keadaan terduduk. Apabila diamati, terdapat kesan darah bersama najisnya yang berkemungkinan gajah betina ini termakan racun atau baja tanaman kebun," katanya.

Shazwan turut berkongsi penduduk kampung itu sudah lebih sebulan melihat sekumpulan tujuh ekor gajah berkeliaran di kawasan kebun getah.

“Saya rasa gajah betina ini mungkin salah seekor daripada sekawan gajah berkenaan," katanya.

Baca juga: Aksi comel anak gajah baring keletihan, berjalan sejauh 500km curi perhatian

Setelah menyedari jasad gajah berkenaan, penduduk kampung menghubungi Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) pada kira-kira 8.30 pagi untuk tindakan lanjut.

Pengarah Perhilitan Kedah, Jamalun Nasir Ibrahim berkata setakat ini pihaknya belum mempunyai maklumat terperinci mengenai punca kematian gajah berkenaan.

"Setakat ini tiada maklumat yang boleh saya bagi. Saya pun (perlu) tunggu keputusan dari pasukan forensik yang datang dari ibu pejabat (Jabatan Perhilitan Kuala Lumpur) untuk bedah siasat (punca kematian gajah ini),” katanya ringkas ketika dihubungi Bernama melalui aplikasi WhatsApp.

INFO GAJAH

Gambar hiasan

-Gajah Asia (Elephas maximus) merupakan salah satu daripada tiga spesies gajah yang masih wujud. Spesies ini dianggap terancam.

-Gajah betina dan anaknya hidup dalam kumpulan kecil manakala gajah jantan lebih suka hidup bersendirian.

-Gajah biasanya berehat ketika cuaca panas.

-Setiap kumpulan mempunyai kawasan mereka tersendiri untuk mencari makanan.

-Haiwan itu suka berenang dan mandi di sungai.

-Gajah biasanya di dapati di hutan dara dan hutan sekunder negara ini.

-Makanan utama gajah di Malaysia adalah daun, rumput dan buah-buahan.

Baca juga: Sakit dan tertekan emosi punca gajah naik minyak sampai pijak penjaga

Jangan lupa follow Sinarplus di Instagram! 

Sumber: ">Bernama

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca