Gadis 16 tahun maut alami darah beku selepas makan pil redakan senggugut haid

SEORANG gadis berusia 16 tahun meninggal dunia akibat darah beku di otaknya selepas mengambil pil kontraseptif oral untuk mengurangkan sakit haid (senggugut).

Layla Khan, seorang pelajar semester satu yang baru memulakan pengajian tiga bulan di Universiti Oxford, England.

Menurut ibu saudaranya, Jenna Braithwaite, keadaan Layla menjadi lebih buruk apabila dia mula mengalami haid yang menyakitkan dan dinasihatkan untuk mengambil pil perancang oleh rakan-rakannya untuk mengurangkan kesakitannya.

Ujarnya, dia mula mengambil pil tersebut pada 25 November, tetapi pada 5 Disember lalu dia mula mengalami sakit kepala dan selepas itu dia mengalami muntah.

Katanya, keluarganya yang bimbang keadaan Layla menghubungi talian bantuan namun mereka dimaklumkan keadaan itu tidak ‘kecemasan’ dan mereka hanya perlu membawanya untuk pemeriksaan pada keesokan harinya.

“Pada malam Ahad, Layla sakit tak henti. Dia alami muntah setiap 30 minit. Jadi kami mendapat temujanji klinik pada pagi Isnin.

Baca juga Paling rare, 29 minggu bayi ‘ajaib’ membesar celah usus, ibu tak sangka sakit perut luar biasa petanda hamil luar rahim

Layla (kiri) merupakan anak sulung daripada empat beradik.

“Walaupun dia sakit sepanjang masa dia berada di klinik, dia diberi tablet redakan senggugut dan memberitahunya Layla disyaki alami perut kembung,” ujarnya.

Keluarga itu dinasihatkan untuk membawa Layla ke hospital pada hari Rabu jika muntah berterusan, tetapi pada petang Isnin, dia mula menjerit kesakitan di atas katilnya.

Jenna berkata, Layla memberitahunya bahawa dia tidak dapat menahan kesakitan itu lagi sebelum rebah di bilik air.

Baca juga Nama Muhammad, Olivia paling popular tahun 2023 jadi pilihan ibu bapa seluruh dunia

Iklan

Jenna dan ibu Layla terpaksa membawanya ke kereta, keadaan gadis itu ketika itu sudah tidak memberi sebarang tindak balas.

Dalam pemeriksaan di hospital, Layla disahkan mengalami darah beku di otak dan terpaksa dipindahkan ke hospital di Hull untuk menjalani pembedahan.

Keesokan harinya, dia disahkan mati otak dan meninggal dunia. Kejadian itu membuatkan keluarganya benar-benar hancur tambah lagi perayaan Krismas yang kian hampir.

Iklan

Sumber: metro.co.uk

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!