BARU-BARU ini kecoh di medsos tentang seorang gadis cilik baharu berusia 12 tahun dilaporkan hidup kembali.

Siti Masfufah Wardah, gadis dari Probolinggo, Jakarta dilaporkan hidup kembali setelah sebelum itu dimaklumkan meninggal akibat diabetes dan komplikasi.

Ahli bedah saraf dari Hospital Mayapada, Dr Roslan Yusni Hasan menjelaskan, dalam banyak kes, pesakit sebenarnya tidak mati. Kejadian yang berlaku di Probolinggo itu dikatakan lebih kurang sama dengan kes ini.

“Sebetulnya gadis itu sebelum itu tidak mati, hanya sangkaan saja,” kata Dr Ryu ketika dihubungi detikcom.

Beliau menjelaskan, fenomena berlaku dalam keadaan yang dianggap orang lain itu mati, sebenarnya otak pesakit tersebut ketika itu masih melakukan aktiviti.

“Kadang-kadang seseorang itu kelihatannya mati tapi sebetulnya masih hidup, otaknya masih ada aktiviti,” katanya.

Sementara itu, menurutnya gejala near-death experience (NDE) kerap kali dikaitkan dengan cerita-cerita ganjil. Tapi kejadian dan pengalaman NDE dapat dijelaskan secara ilmiah.

Sebuah kajian yang diterbitkan pada 2017 menemukan setiap pengalaman menghampiri kematian biasanya mengikuti ‘pola peristiwa unik’.

Bukan perkara ghaib dan mistik

Sementara itu, Hospital Wilayah Mohammad Saleh di Kota Probolinggo yang mengendalikan kes Siti Masfufah memaklumkan bahawa gadis itu meninggal dunia pada 17 Ogos 2020.

“Siti kembali hidup mungkin kerana resusitasi, ada gumpalan darah sekitar jantung kerana peningkatan kelikatan darah untuk penderita diabetes kronik,” kata Pemangku Pengarah Hospital Wilayah Mohammad Saleh, Dr Abrar Khuddah kepada wartawan.

Artikel berkaitan: Roh yang tak tenteram akan ganggu manusia hidup? Ketahui pandangan Islam tentang perkara ini

Abrar mengatakan bahawa Siti hidup semula mungkin disebabkan tindakan resusitasi (ubat atau kaedah memul­ihkan seseorang yang hampir maut secara tiba-tiba, mis kerana lemas atau serangan jantung) yang tidak disengaja ketika memandikan jenazah.

Abrar mengatakan bahawa fenomena ini tidak banyak berlaku, tetapi memang wujud.

Iklan
Dr Abrar

“Ia tidak ada hubungannya dengan mistik dan gaib. Dalam sains perubatan ada kes seseorang yang kembali hidup. Namun, ia tidak bertahan lama,” kata Abrar.

Dr Abrar sebenarnya terkejut kerana Siti dapat bertahan hingga 1 jam untuk ‘hidup semula’. Biasanya orang yang hidup kembali hanya dapat bertahan sekitar 10 minit, katanya.

“Biasanya, jangka hayat maksimum adalah 10 minit. Namun, gadis ini ini cukup lama, hingga 1 jam. Memang, kejadian yang jarang berlaku,” Dr kata Abrar.

Terdahulu Siti Masfufah dilaporkan disedari hidup kembali ketika ‘jenazahnya’ sedang dimandikan sebelum dikafankan. Ketika itu matanya terbuka dab berkelip-kelip menyebabkan orang di sekitar terkejut, lalu membawanya masuk ke rumah.

Iklan

(iwd/iwd)