KERJA adalah satu keperluan untuk mendapatkan upah atau wang bagi menampung perbelanjaan kehidupan.

Namun jika keterlaluan, ia boleh mengundang kematian.

Begitulah yang terjadi di China apabila seorang pekerja dilaporkan meninggal dunia setelah menjalani kerja mengikut corak 996.

996 adalah satu corak kerja yang sangat dibanggakan oleh Jack Ma iaitu orang terkaya di China itu merupakan seorang jutawan dan usahawan teknologi paling berjaya di dunia dan merupakan pengasas syarikat e-dagang terbesar, Alibaba Group Holding Ltd (Alibaba).

Waktu bekerja bagi corak kerja 996 adalah 12 jam sehari dari jam 9 pagi hingga 9 malam serta 6 hari seminggu.

Menurut Tribunnews memetik South China Morning Post, pada 29 Disember lalu, seorang wanita berusia 22 tahun jatuh di kaki lima ketika dia berjalan pulang dari tempat kerja di pinggiran Urumqi, ibu kota wilayah Xinjiang China kira-kira pada jam 1:30 pagi.

Ketika itu, paramedik datang dan berusaha membantu wanita tersebut namun setelah enam jam dia tidak dapat diselamatkan dan meninggal dunia di hospital.

Wanita yang hanya dikenali dengan nama belakangnya Zhang itu adalah pekerja syarikat Pinduoduo, salah satu syarikat e-dagang terbesar di China dan juga di dunia.

Zhang baru bekerja selama enam bulan di Pinduoduo. Kematian Zhang dikatakan akibat budaya kerja 996 yang sudah lama wujud dalam industri teknologi China.

Iklan

Baca juga Profesor temui virus Ebola beri peringatan berkemungkinan ada virus baharu bakal menyerang dunia selepas Covid-19

Di bawah corak kerja 996, pekerja baru digalakkan untuk melakukan kerja yang panjang dari jam 9 pagi hingga 9 malam dan melakukan kerja lebih masa.

Iklan

Peraturan itu disebut-sebut oleh eksekutif tertinggi China, termasuk pengasas Alibaba, Jack Ma dan pengasas JD.com, Richard Liu Qiangdon.

Dalam satu kenyataan syarikat Pinduoduo pada Isnin lalu, mereka tidak memberikan sebab-sebab kematian Zhang.

Namun, kematiannya dipercayai disebabkan oleh terlalu banyak kerja. Keluarga Zhang dilaporkan menolak tawaran bedah siasat.