Gila licik! Lelaki ini menyamar jadi pramugara, naik 120 penerbangan tanpa bayar satu sen pun

No Image Caption
A
A
A

NAK jalan-jalan percuma tanpa keluar satu sen pun duit tiket kapal terbang? Mungkin ia hanya satu angan-angan indah tapi lelaki dari Amerika Syarikat ini memang ‘legend’!

Bayangkan dia berjaya menaiki kapal terbang lebih 120 kali ke lokasi best hanya dengan satu taktik iaitu menyamar jadi pramugara.

Lapor Oddity Central, Tirone Alexander kantoi apabila pihak pendakwa persekutuan berjaya mendedahkan dirinya masuk ke kawasan larangan airport tanpa kelulusan.

Lagi tak sangka, lelaki berusia 35 tahun itu buat tempahan palsu untuk ke mana-mana tempat yang dia nak pergi dari tahun 2018 hinggalah tahun  2024.

No Image Caption

Nak dijadikan cerita, Tirone ambil kesempatan daripada satu polisi biasa syarikat penerbangan yang kebanyakan orang biasa macam kita tak ambil peduli langsung.

Polisi tersebut membolehkan mana-mana pramugari dan pilot naik flight secara percuma walaupun bukan daripada syarikat penerbangan destinasi mereka bekerja.

Artikel Berkaitan:

No Image Caption

Padanlah dia tahu polisi tersebut kerana sebelum ini, dia pernah kerja sebagai pramugara antara tahun 2013 hingga 2015.

Jadi, suspek guna pengalaman tersebut untuk ‘menipu sistem’ dan masa buat online check-in, dia pilih jer bahagian ‘flight attendant’.

No Image Caption

Kemudian isi nama syarikat konon-konon masih kerja, letak tarikh mula kerja dan nombor ID walaupun semua data itu adalah palsu tapi sistem tak semak pun, jadi dia berjaya terbang free berulang kali!

Menurut kertas pendakwaan, lelaki itu menyamar menjadi pramugara sekurang-kurangnya melalui tiga syarikat penerbangan.

No Image Caption

Sepanjang tempoh itu, Tirone tempah lebih 120 flight ke lokasi menarik macam Atlanta, Dallas, Vegas dan Los Angeles. 

Siap guna 30 kombinasi ID dan tarikh kerja palsu dan tujuh syarikat penerbangan berbeza!

No Image Caption

Malangnya, helahnya tak kekal lama apabila kini lelaki tersebut disabitkan empat pertuduhan penipuan sistem (wire fraud) yang mana setiap satu boleh cecah hukuman 20 tahun penjara.

Satu lagi tuduhan masuk kawasan terlarang lapangan terbang secara haram yang boleh tambah hukuman penjara lagi 10 tahun. Nasib Tirone akan ditentukan pada 25 Ogos nanti.

No Image Caption

Pergh! Tak sangka ya sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua. Walaupun bukan jenayah berat dibuat tapi penipuan sistem pun bikin ramai bengang.

Mana taknya, kita terpaksa keluar duit bukan sikit nak beli tiket kapal terbang tapi ada orang boleh terbang free jer dengan menipu. Kan dah mendapat!

No Image Caption

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang