Polis tahan bekas suami Kim Seri. Ada kaitan kes tipu pakej Korea! Mangsa dedah rugi hampir RM500,000

No Image Caption
A
A
A

DRAMA makin panas! Polis Johor sahkan bekas suami pempengaruh media sosial terkenal, Kim Seri ditahan bagi membantu siasatan.

Penahanan tersebut dikatakan mempunyai kaitan dengan kes penipuan pakej pelancongan ke Korea Selatan yang kecoh sejak Disember tahun lalu.

Ketua Polis Johor, Datuk M Kumar berkata, lelaki tempatan berusia 41 tahun itu adalah pemilik akaun syarikat Cikgu Kimchi Trading.

Memetik Bernama, akaun syarikat tersebut dipercayai digunakan untuk mengutip bayaran daripada mangsa.

No Image Caption

Suspek ditahan pada 21 April lalu dan kini masih dalam tahanan untuk siasatan lanjut.

Setakat ini, lapan laporan polis dibuka di beberapa daerah termasuk Johor Bahru Selatan, Kota Tinggi, Seri Alam, Iskandar Puteri, Muar dan Kluang.

Artikel Berkaitan:

No Image Caption

Semua kertas siasatan akan diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan selanjutnya.

Kes disiasat bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

Dunia tanpa sempadan dan kita juga amat terdedah dengan pelbagai kemungkinan. Sering berlaku data peribadi serta akaun medial sosial dicuri dan ada yang menjadi mangsa scam bukan sekali malah berulang kali, sejauhmana pengetahuan kita untuk menangani isu ini?

Bukan itu saja, polis turut sahkan suspek mungkin terlibat dengan penipuan serupa di negeri-negeri lain.

No Image Caption

Sebelum ini, kecoh di media sosial apabila ramai mendakwa menjadi mangsa penipuan agensi pelancongan milik Kim Seri, melibatkan kerugian hampir RM500,000.

Kim Seri atau nama sebenarnya Seri Azlina Mohamed Sani, bagaimanapun tampil membuat permohonan maaf secara terbuka pada 17 Disember lalu.

Wanita itu memuat naik kenyataan menerusi Insta Story kepada pelanggan yang terjejas akibat trip pelancongan yang tertunda di bawah syarikat miliknya.

No Image Caption

Bekas guru berusia 40 tahun itu juga memberi jaminan akan melangsaikan tunggakan sebelum atau pada 1 Februari lalu.

Namun nak dijadikan cerita, sehingga kini mangsa mendakwa masih belum menerima bayaran yang dijanjikan.

No Image Caption

Isu semakin hangat bila bekas kakak iparnya itu turut menyuarakan rasa terkilan apabila adiknya yang didakwa menjadi mangsa keadaan.

Nor Seri Azlina Bustani mendedahkan tangkap layar perbualannya dalam aplikasi Facebook Messenger bersama Kim Seri.

Menerusi hantaran yang sama, wanita tersebut mendakwa Kim Seri berjanji dengan mangsa dan memfitnah adiknya mencuri duit milik mereka.

No Image Caption

Sedangkan menerusi perbualan mesej di aplikasi Facebook Messenger bekas guru itu mengakui bekas suaminya tidak bersalah.

"Dengan mangsa dengan semua orang yang dia berhutang dia jual nama, fitnah adik saya curi duit segala. Tapi tengoklah conversation dia dengan saya, dia sendiri mengaku bekas suami tidak bersalah dan tidak tahu apa-apa.

"Puaskah hati semua mangsa bila penjenayah yang songlap duit kalian lepas bebas bahagia hidup di sana tetapi orang yang tidak bersalah meringkuk dalam penjara. Doakan adik saya yang teraniaya dipermudahkan segala urusan," kongsinya.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang