Jangan lupa follow kami di Instagram!

KEKEJAMAN Israel terhadap umat Islam di Palestin sememangnya mencetuskan amarah ramai.

Para pemimpin dan pertubuhan di seluruh dunia termasuk Malaysia kutuk sekeras-kerasnya tindakan keganasan Israel ke atas penduduk Palestin.

Hari berganti hari, bulan demi bulan dan tahun bersilih tahun solidariti warga di seantero dunia terhadap bumi Palestin tidak pernah pudar.

Bahkan, semangat itu turut dibawa pada temasya Sukan Olimpik Tokyo 2020 sehingga ada atlet yang sanggup menarik diri daripada bersaing dengan atlet dari Israel.

Baru-baru ini atlet dari Sudan, Mohamed Abdalrasool membuat keputusan menarik diri kerana dipercayai enggan berdepan pihak lawan Tohar Butbul dari Israel.

Difahamkan, atlet berusia 28 tahun itu tidak muncul pada hari acara kelas 73 kilogram (kg) berlangsung semalam.

Ini bermakna Mohamed Abdalrasool merupakan atlet judo kedua meninggalkan temasya berkenaan kerana tidak mahu berkongsi gelanggang dengan lawan dari Israel.

Iklan

Pun begitu, beliau yang menduduki ranking 469 judo dunia setakat ini belum memberikan sebarang penjelasan rasmi berhubung penarikan diri itu.

Walhal, sehari sebelum pertandingan atlet itu menghadiri sesi menimbang berat badan.

Terdahulu, pada minggu lalu Fethi Nourine dari Algeria dan jurulatih, Amar Benikhlef juga mengumumkan keputusan menarik diri daripada pertandingan kerana berpotensi bertemu lawan dari Israel

Baca juga 10 negara jarang dengar, sertai Olimpik Tokyo 2020

Iklan

Beliau memberi alasan sebagai tanda protes layanan Israel terhadap rakyat Palestin berikutan konflik berpanjangan antara kedua-dua negara berkenaan.

Sehubungan itu, Jawatankuasa eksekutif Persekutuan Judo Antarabangsa (IJF) mengumumkan penggantungan sementara terhadap Nourine dan Benikhlef.

Dalam pada itu, Jawatankuasa Olimpik Algeria pula menarik balik akreditasi dan mereka dihantar pulang serta-merta.