KEHAMILAN adalah tempoh yang mana seseorang wanita mengalami pelbagai perubahan pada tubuh badan. Kondisi juga akan menjadi mudah penat apabila bayi dalam kandungan semakin membesar.

Namun begitu, tidak bagi atlet heptatlon Lindsay Flach berusia 31 tahun. Kehamilan sedikitpun tidak menghalang beliau untuk menjalani ujian saringan Olimpik Tokyo 2020 yang bakal berlangsung bulan depan.

Biarpun tidak mara ke Olimpik Tokyo 2020, berpeluang melayakkan diri dalam ujian saringan kejohanan ketika sedang hamil disifatkan momen manis buat dirinya.

Pada awal tahun 2020, Flach pernah berhenti kerja sementara dan meninggalkan suaminya demi melunaskan sesi latihan di University of Texas, Amerika Syarikat.

Beliau berhasrat untuk kekal di sana melalui Ujian Olimpik AS 2020, tetapi terpaksa akur apabila wabak Covid-19 menular selepas tiga bulan latihan bermula.

Pandemik Covid-19 juga menyebabkan penangguhan Olimpik Tokyo 2020 sehingga menimbulkan tanda tanya banyak pihak sama ada dibatalkan atau ditangguhkan.

 

 

Bagaimanapun, atlet tersebut memutuskan untuk tidak menangguhkan soal anak meskipun menyedari kehamilan akan membuatkan harapannya tipis untuk layak ke Olimpik.

“Saya sangat teruja untuk memiliki cahaya mata, tetapi apabila melihat keputusan ujian kehamilan yang positif saya terkejut,” kata Flach.

Pada Sabtu lalu, Flach mengumumkan kehamilannya kini mencecah usia 18 minggu bersamaan empat bulan setengah di laman sosial Instagram. Bahagian perutnya kelihatan semakin membesar.

Kehamilan itu sedikit sebanyak menganggu tenaganya, tetapi tidak melunturkan semangat beliau.

Selepas mengetahui positif hamil, beliau segera merujuk doktor bagi mendapatkan kepastian status kesihatan sama ada boleh meneruskan sesi latihan ataupun tidak.

Gembiranya tidak terkata apabila doktor membenarkan pada sederhana, namun perlu peka tanda-tanda amaran daripada tubuh. Paling penting berhati-hati bagi mengelakkan badan terjatuh.

Baca juga Setiap Warna Ada Maksud, Ini Yang Ibu Mengandung Kena Faham Stiker Pada Buku Pink

Iklan

 

Kredit foto: Fox Sport

“Keutamaan saya ketika ini memastikan diri dan bayi sihat,” katanya.

Bakal ibu itu tetap tabah menjalani sesi latihan walaupun berdepan masalah pedih ulu hati, sakit kepala, mual dan muntah antara tiga hingga empat kali sehari.

Pada awal trimester pertama, Flatch pernah diberikan cecair intravena sebanyak tiga kali kerana mengalami dehidrasi.

“Saya mengalami muntah sekitar 12 minggu pertama dan ia mempengaruhi sesi latihan.

Iklan

“Sekiranya ujian Olimpik tiga minggu yang lalu, saya tidak tahu bagaimana keadaannya. Mual dan muntah menyukarkan keadaan, tetapi kini saya mula berasa okey dan semakin baik,” kata Flach kepada Yahoo News.

Terdahulu, Ahad lalu beliau melalui acara saringan bagi acara pecut 100 meter dan 800 meter sehingga berjaya menduduki tangga ke-15 daripada 18 atlet bertanding.

Baca juga Dipecat Akibat Selalu MC, Doktor Kongsi Keluhan Pesakit Asma Yang Sarat Mengandung


Heptathlon adalah salah satu acara trek dan lapangan melibatkan tujuh pertandingan seperti lari berhalangan 100 meter (m), lompat tinggi, lontar peluru, pecut 200m, lompat jauh, rejam lembing dan lari 800m.

Pun demikian, situasi atlet hamil bukanlah pertama kali memandangkan pada tahun 2017, pemain tenis terkemuka Serena Williams juga hamil ketika memenangi Terbuka Australia.

Kredit foto: Rediff.com dan Pinterest