DIPAKSA tanam mayat adik sendiri di belakang rumah, misteri kehilangan mangsa dera akhirnya terjawab

Bukan saja diugut supaya kunci mulut, seorang remaja berusia 13 tahun turut dipaksa oleh ibunya sendiri untuk menanam mayat adik kandungnya!

Itu kisah kejam yang berlaku di Carolina Utara, Amerika Syarikat baru-baru ini dan mendapat liputan hangat media di sana.

kanak-kanak didera dibunuh kejam

Menurut laporan wcnc.com, seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun bernama Miegellic Jelli telah dibunuh tanpa belas kasihan.

Beliau bukan saja didera secara fizikal, si kecil itu turut dihukum berdiri selama tiga hari di bilik membasuh tanpa makan minum.

Hukuman itu memamg tak masuk dek akal kerana kesalahan yang dilakukan Jelli hanya kecil sahaja iaitu mengotorkan seluarnya.

Pun demikian, ibunya Malikah Bennet, 31, menganggap itu sesuatu yang besar.

kanak-kanak didera dibunuh kejam

Selepas tergamak mencabut nyawa zuriat sendiri, suspek dilaporkan menanam mayat Jelli di halaman belakang rumah ibunya, Tammy Taylor Moffett, 53.

Sebelum kejadian mengerikan itu, anaknya difahamkan menjadi lemah tidak bermaya kerana tidak mampu lagi berdiri sebelum terjatuh dan kepalanya terhentak pada pintu.

Mangsa cuba diberi bantuan pernafasan oleh ibunya, namun semuanya sudah terlambat.

Barangkali panik dengan apa yang berlaku, Malikah kemudiannya membungkus badan Jelli dengan dua plastik sampah hitam dan dibiarkan di dalam bonet keretanya selama lima hari.

kanak-kanak didera dibunuh kejam

Tanpa rasa bersalah, Malikah juga memandu kereta jenis SUV berkenaan untuk membeli penyodok di kedai hardware berhampiran.

Lebih mengejutkan, wanita kejam itu turut menyuruh anaknya yang lain untuk mengangkat mayat adik beradiknya sendiri sebelum dicampakkan ke dalam lubang dan dikambus dengan tanah.

Mungkin berasakan aktiviti jenayah tidak dapat dihidu oleh orang ramai, wanita itu menjalani kehidupan seperti biasa tanpa rasa bersalah.

Pun begitu, kehilangan Jelli lebih berbulan-bulan lamanya membuatkan penduduk di kawasan itu tertanya-tanya.

kanak-kanak didera dibunuh kejam

Pihak polis menerima banyak laporan dan rata-ratanya mengesyaki sesuatu yang buruk telah berlaku terhadap kanak-kanak itu.

Susulan itu, beberapa siasatan dibuat menunjukkan beberapa klu mengejutkan.

Iklan

Meskipun keluarga suspek menafikan anaknya hilang, pihak polis tetap mendapat waran untuk menggeledah kawasan rumah.

Pencarian akhirnya menemui mayat Jelli dan Malikah kemudian ditahan.

Lebih menggemparkan, selepas disoal-siasat, suspek turut didapati mempunyai tiga kes lampau membabitkan salah laku dan penderaan kanak-kanak pada Februari 2020.

kanak-kanak didera dibunuh kejam

Polis turut mengadakan soal siasat ke atas kakak Jelli.

Menurut rakaman percakapan, kakak mangsa cuba untuk menghubungi pihak polis sebaik saja adiknya tidak bernyawa, namun diugut ibunya supaya berdiam diri.

Iklan

Mungkin takut dirinya berdepan nasib sama, si kakak terpaksa patuh kepada arahan ibunya.

Kejam sungguh. Ini yang dikatakan manusia berhati binatang!

Baca juga [VIDEO] Seramnya, kanak-kanak 11 tahun jadi sasaran culik, rupanya sudah diintip lama pedofilia

Moga kejadian mengerikan itu tidak berlaku di Malaysia.

Apa yang boleh kita buat, tinjau-tinjaulah jiran-jiran sekeliling dan hulurkan bantuan jika diperlukan.

Jangan biarkan kanak-kanak terus dianiaya!

Wabak Covid-19 tidak dinafikan memberi kesan fizikal dan mental kepada semua, sokongan dan bantuan jiran tetangga insya-ALLAH boleh membantu meringankan beban. #kitajagakita #kitalaluibersama