PENGEMBARA bermotosikal wanita dan vlogger, Fernanda,28, dan pasangannya, Vicente,64, meruntun hati warganet. Pengalaman ngeri yang dilalui diserang dan dirogol beramai-ramai oleh tujuh orang lelaki di Jharkand, India pada 1 Mac lalu menjadi perhatian seluruh dunia.

Dalam perkembangan terbaru, kesemua suspek berusia antara 18 hingga 25 tahun dalam serangan kejam itu telah ditangkap pihak berkuasa.

Menerusi siaran televisyen nasional India, ketujuh-tujuh mereka digari dan diikat menggunakan tali dalam satu barisan di hadapan pegawai polis.

Fernanda menyiarkan satu kenyataan dalam talian selepas tangkapan terbaru, mengucapkan terima kasih kepada polis.

Baca juga: Mimpi ngeri! Pengembara bermotosikal dirogol 7 lelaki, pasangan dipukul di India. ‘Kami takkan berhenti tuntut keadilan demi wanita’

Kredit: Tangkap layar NDTV

“Mereka telah menangkap semua penjenayah, dan terdapat lapan kesemuanya. Saya minta keadilan… (untuk) semua wanita yang juga terpaksa melalui ini,” titipnya.

Susulan itu, pihak berkuasa menyerahkan cek sebanyak bernilai 1 juta rupee (kira-kira RM57,000) kepada Vincente sebagai pampasan di bawah ‘skim pampasan mangsa’.

Baca juga: Kejamnya! Pembuat roti canai diperkosa & dikelar ditemui maut, 5 anak hilang ibu sekelip mata, ini kronologi menyayat hati

Baca juga: Kejamnya! Cagar adik ipar lunas hutang, abang ipar dalang wanita diperkosa 5 lelaki, minta jangan kunci pintu

Kredit: Tangkap layar NDTV

Menerusi Insta Story, Fernanda mengakui tidak akan berdiam diri dan berserah sahaja. Wanita memiliki dua warganegara iaitu Brazil dan Sepanyol itu berazam akan terus kuat.

“Saya akan mengajar semua orang apa yang diperlukan untuk keadilan dilaksanakan. Tiada siapa yang tahu tentang apa yang saya alami, jadi saya tahu bagaimana untuk bertindak.

“Saya tidak malu kerana ia bukan salah saya. Saya tidak seperti anda, sudah tentu.

That’s why I do what I do, kerana saya kuat dan saya akan terus kuat tanpa mengira apa yang orang kata,” ujarnya.

 

Dalam pada itu, duta jenama motosikal KLIM berkenaan bersyukur biarpun selepas mengalami pengalaman ngeri, beliau masih boleh meneruskan untuk hidup.

“Saya mempunyai peluang kedua untuk hidup dan saya akan menjalani hidup dengan bahagia. Ya, memang kejadian itu telah berlaku tetapi saya tidak membiarkan itu mengubah diri saya,’ titip Fernanda.

Baca juga: Gadis diperkosa ketika menjalani rawatan tuberkulosis di ICU

Baca juga: 24 tahun hilang rupanya dikurung bapa sendiri, diperkosa hingga lahirkan 7 anak, ini kisah pilu Elisabeth Fritzl 

Memetik The Telegraph, Timbalan pesuruhjaya Dumku, Anjaneyulu Dodde berkata siasatan akan dipercepatkan.

“Kami telah memberi pampasan sebanyak 1 juta rupee manakala siasatan menyeluruh sedang dijalankan. Kami akan cuba memastikan perbicaraan dan sabitan yang cepat,’ katanya.

Pasangan itu berlepas ke Nepal pada Selasa dan dari sana, mereka merancang untuk terbang ke Sepanyol untuk bersama keluarga mereka.

Mempunyai pengalaman mengembara ke 66 buah negara sejak tahun 2017, pasangan itu merancang untuk meneruskan perjalanan bermotosikal dunia selepas pulih sepenuhnya daripada pengalaman ngeri itu.

Iklan

Dalam kejadian Jumaat lalu, Fernanda dan pasangan dalam perjalanan ke Nepal melalui Bhagalpur tetapi singgah di Dumka untuk berehat dan mendirikan khemah berhampiran pasar Hansdiha selepas gagal mencari hotel berdekatan.

Selain dirompak dan diserang, Vincente diacu pisau pada leher dan diikat sementara Fernanda diperkosa ketujuh-tujuh lelaki.

Kedutaan Brazil berkata, ia berhubung dengan misi diplomatik Sepanyol untuk membantu pasangan itu.

Kes rogol beramai-ramai itu sekali lagi memberi tumpuan kepada keganasan seksual di India.

Gambar hiasan (Kredit foto: Freepik)

Secara purata, kira-kira 90 rogol setiap hari direkodkan pada 2022, menurut data dari Biro Rekod Jenayah Kebangsaan.

Negeri Rajasthan, Uttar Pradesh dan Madhya Pradesh mencatatkan jumlah tertinggi kes rogol.

Iklan

Banyak kes serangan seksual tidak dilaporkan kerana mangsa sering takut terhadap stigma sosial atau tindakan balas, dan kadar sabitan kes itu kekal rendah.

Mahkamah Tinggi Jharkhand sudah melaksanakan suo moto susulan kes rogol berkumpulan itu.

“Jenayah berkaitan seks terhadap seorang wanita asing berkemungkinan membawa publisiti buruk terhadap negara dan dengan itu mencemarkan imej India di seluruh dunia,” kata mahkamah itu, menurut laporan media tempatan.

Sumber: Daily Mail, Astro Awani

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!