Jika dulu dikenali tempat asal Covid-19, Wuhan kini dibanjiri 18 juta pelancong

Jika dulu dikenali tempat asal Covid-19, Wuhan kini dibanjiri 18 juta pelancong
Jika dulu dikenali tempat asal Covid-19, Wuhan kini dibanjiri 18 juta pelancong
A
A
A

ENAM bulan yang lalu, sebuah kampung Yi Yu di Wuhan ini mengalami 'lock down' yang pertama dan paling ketat di dunia.

Namun ketika cuti sempena 'Golden Week' di China pada awal Oktober, jalan-jalan di Wuhan, iaitu kota asal penyebaran virus Covid-19, dilihat penuh dengan pelancong tempatan.

Kata seorang penduduk tempatan dikenali Yi, ketika keluar rumah, dia melihat banyak orang di jalan. Ramai orang beratur di depan gerai makanan beberapa hari yang lalu dan yakin kebanyakan mereka adalah pelancong.

Menurut Tribunes.com, Biro Pelancongan Wuhan turut mengesahkan perkara itu melalui data rasminya, Wuhan menerima lebih 18 juta pelancong semasa 'Golden Week' dari 1 hingga 8 Oktober lalu.

Profesor dan pakar kesihatan dari Monash University di Melbourne, Australia, Hui Yang, berkata China telah menangani pergerakan sejumlah besar rakyatnya dengan betul.

"Pendekatan masyarakatnya sangat ketat dan aktif. Pergerakan ratusan juta orang di dalam negara dilengkapi dengan langkah-langkah perlindungan," katanya.

Artikel berkaitan: Tidak menunjukkan sebarang gejala, Cristiano Ronaldo disahkan positif Covid-19

Katanya, pihak berkuasa memantau secara dekat kontak rapat kes yang disahkan, dan mengkategorikan kawasan berdasarkan tahap risiko melalui alat pengesanan kontak.

Bekas diplomat China, Han Yang, yang kini tinggal di Sydney, mengatakan bahawa China agak berjaya mengawal wabak itu berbanding dengan banyak negara barat, sebahagian besarnya kerana sistem politiknya.

"China adalah negara yang mempunyai sistem autokratik, sekiranya kerajaan mengutamakan sesuatu, seluruh negara akan bergerak bersama di bawah perintahnya.

"Mobilisasi ini tidak wujud di negara-negara barat terutama di negara-negara persekutuan seperti Amerika Syarikat," katanya.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang