'Ibu akan beri kamu biskut sayang.' Anak maut dalam serangan, wanita Palestin peluk pengikat rambut runtun hati warga maya
SERANGAN penjajah Israel ke atas Gaza, Palestin bertali arus mengorbankan banyak nyawa. Paling menyedihkan ramai kanak-kanak menjadi mangsa.
Dalam sebuah video yang tular di laman sosial TRT World, seorang ibu muda meratapi pembunuhan anak perempuannya dalam serangan udara di sana.
Kanak-kanak perempuan yang tidak dapat dipastikan usianya dibaluti kain putih dipercayai telah meninggal dunia. Tubuhnya dirangkul bapa.
Lelaki itu sesekali mengucup pipi si kecil yang tidak lagi bernyawa.
Baca juga: Emoji tembikai banjiri media sosial, 6 fakta sinonim Palestin
"Sayang ibu, ibu akan beri kamu biskut," katanya seolah memujuk si kecil itu 'bangun' semula.
Ketika itu, seseorang telah melucutkan pengikat rambut pada rambut kanak-kanak berkenaan dan menyerahkan kepada si ibu.
Baca juga: Kiblat pertama umat Islam, ini antara sebab kenapa Palestin begitu penting bagi umat Islam
"Berikan ia kepada saya," ujar si ibu mengambil pengikat rambut yang dipercayai dibasahi darah dan memeluknya."Sayang ibu, ini pengikat rambutnya," ujar ibu muda itu longlai dalam tangisan dan ditenangkan suaminya.
Jenazah si kecil dibawa pergi. Lelaki berkenaan yang turut sugul dan sebak memeluk wanita berkenaan dan berlalu.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) melaporkan secara purata Israel meragut 160 nyawa kanak-kanak Palestin setiap hari.
Sayu dan sangat memilukan, perkongsian berkenaan meruntun hati warga maya. Ujar mereka:
- "Hati kami berkecai Ya ALLAH melihat ini. Selamatkan saudara kami di Palestin daripada serangan penjajah."
- "Sebagai seorang ibu, saya tidak dapat membayangkan kesakitan ini. Tiada ibu patut melaluinya."
- "Ya ALLAH adikku, tenanglah. Anakmu bersama bidadari di jannah dan akan membawa kamu sekeluarga ke jannatul firdaus insya-ALLAH."
- "Ini amat mengerikan. Nyawa yang tidak berdosa banyak terkorban. Ini bukan peperangan tetapi pembunuhan beramai-ramai."
- "Semasa memeluk anak setiap malam, hati saya berdarah mengenangkan ibu dan kanak-kanak yang kehilangan orang yang mereka sayang di sana."
Pegawai WHO, Christian Lindmeier pada taklimat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Geneva berkata Semenanjung Gaza berada di bawah pengeboman hebat sejak kumpulan Palestin Hamas melancarkan serangan mengejut terhadap Israel pada 7 Oktober.
Sekurang-kurangnya 10,328 rakyat Palestin, termasuk 4,237 kanak-kanak dan 2,719 wanita, terbunuh sejak itu.
"Gaza menjadi tanah perkuburan untuk kanak-kanak, kerana ratusan kanak-kanak perempuan dan lelaki terbunuh atau cedera setiap hari," kata Ketua PBB, Antonio Guterres.
Menurut agensi PBB untuk Palestin, UNRWA, dalam tempoh sebulan, 70 peratus penduduk Gaza kehilangan tempat tinggal.
"Ini datang dengan ketakutan berterusan dan keadaan hidup yang tidak berperikemanusiaan untuk hampir 1.5 juta orang.
"Tempat perlindungan UNRWA adalah empat kali ganda kapasiti penuh mereka. Orang awam sedang dikenakan pemindahan paksa dan hukuman kolektif," menurut UNRWA dalam satu kenyataan.
Baca juga: ';Sebahagian hasil ini kita derma ke Palestin' Aeril Zafrel jual Lamborghini.
Sumber: TRT World, Berita Harian
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, Threads, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang