IBU sanggup berkorban apa sahaja demi anak. Ia membuktikan cinta seorang ibu tidak akan pernah habis dan berakhir.

Seorang ibu juga akan melakukan apa sahaja demi keselesaan dan keselamatan anaknya.

Namun lain yang terjadi kepada seorang ibu di Thailand ini apabila dia tergamak meracun dua anaknya demi menagih sumbangan orang ramai.

Menurut laporan Daily Star, wanita itu telah dijatuhi hukuman mati selepas didapati bersalah, kelmarin.

Tertuduh, Nattiwan Rakkunjet, didapati bersalah meracun dua anaknya dengan seorang daripada mereka meninggal dunia dalam usaha meminta sumbangan di media sosial bagi membiayai rawatan perubatan.

Wanita berkenaan membawa anak lelakinya yang berusia empat tahun ke hospital dengan mendakwa bahawa mangsa mengalami sakit perut dan muntah darah kerana alahan kepada makanan laut.

Bagaimanapun, doktor yang merawat mangsa mendapati kanak-kanak itu mengalami jangkitan perut yang teruk, dan bukan reaksi alahan seperti yang didakwa ibunya.

Tertuduh didapati mencampurkan bahan menghakis ke dalam makanan anaknya selama dua tahun. Anak perempuannya yang meninggal dunia pada 2019 juga menjadi mangsa keracunan.

Baca juga Kejamnya! Bapa bakar anak tak siapkan kerja sekolah, ibu cuba selamat, anak maut

Iklan
Budak 4 tahun tak tahu guna tandas maut dibelasah bapa tiri, ini kronologi kejadian
Gambar hiasan Google

Sementara itu, Pakar perubatan di Hospital Universiti Thammasat menentukan bahawa dua kanak-kanak itu mengalami pendarahan dalam saluran penghadaman, muntah darah dan radang perut.

Nattiwan ditahan pada Mei 2020 dengan anak lelakinya ditempatkan di pusat perlindungan.

Selain itu, polis turut menemui wang berjumlah 20 juta baht (RM2.5 juta) dalam dua akaun bank wanita terbabit.

Iklan

Berikutan penahanannya, Nattiwan mengaku bersalah melakukan jenayah pemerdagangan manusia dengan menggunakan dua anaknya untuk meminta derma, pembunuhan dan cubaan membunuh.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang menginspirasikan.