Ikon fesyen Kenzo Takada meninggal dunia akibat Covid-19

Ikon fesyen Kenzo Takada meninggal dunia akibat Covid-19
Ikon fesyen Kenzo Takada meninggal dunia akibat Covid-19
A
A
A

PEREKA fesyen terkemuka Jepun, Kenzo Takada, 81, meninggal dunia selepas dijangkiti Covid-19.

Menurut kenyataan keluarganya pada Ahad, ikon fesyen warga Jepun itu menghembuskan nafas terakhir di American Hotel of Paris, Perancis.

Pereka fesyen yang dilahirkan pada 1939 itu meninggal dunia 50 tahun selepas melancarkan koleksi pertamanya di Paris, yang menjadi tempat tinggalnya sehingga bersara.

Menerusi laporan media tempatan, Takada sebelum ini, muncul pelajar cemerlang di kolej Bunka Gakuen di Tokyo dan kemudian bekerja dengan rangkaian kedai fesyen utama, Sanai.

Ketika Sukan Olimpik 1964, beliau berpeluang ke Eropah setelah flat yang disewanya dirobohkan dengan membina stadium.

Artikel berkaitan: [Viral Seberang]: Dua beradik comel, Galuh dan Galih bikin gempar ada 24 jari…

Dengan menggunakan duit pampasan, beliau menaiki bot kargo ke Marseille dan tiba di Paris pada musim sejuk 1965.

Ketika itu, beliau langsung tidak tahu bertutur dalam bahasa Perancis dan kemudian terpaksa bekerja di kedai dandanan anjing.

Kenzo memulakan kariernya dengan membeli sebuah butik di Paris pada 1970 dan melancarkan barisan fesyen lelaki pada 1983, dan kemudian pakaian sukan kasual Kenzo Jeans dan Kenzo Jungle pada era 1980an.

Namun pada tahun 1993, mendiang menjual jenama itu kepada konglomerat barangan mewah LVMH dan bersara daripada bidang fesyen.

Kenzo masih menjadi antara jenama terkemuka yang berpusat di Paris sehingga kini.

Mendiang Kenzo cukup terkenal kerana keunikan rekaannya yang menggabungkan pengaruh seni Barat dan Asia.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang