Inginkan asap sebagai latar belakang gambar 'pra-wedding' bawa padah, Gunung Bromo di Indonesia terbakar 50 hektar
Inginkan asap sebagai latar belakang gambar 'pra-wedding' bawa padah, Gunung Bromo di Indonesia terbakar 50 hektar
TINDAKAN sepasang bakal pengantin membuat penggambaran praperkahwinan berlatar belakangkan asap bawa padah apabila gunung itu terbakar.
Lapor Detik.com, mereka menyalakan suar semasa penggambaran di Gunung Bromo, Indonesia itu sekali gus menjadi punca kebakaran besar seluas 50 hektar dalam kejadian Rabu lalu.
Kejadian malang tersebut berlaku di kawasan Bukit Teletubbies selepas suar dinyalakan bagi mengeluarkan asap sebagai kesan (effect) latar belakang penggambaran romantik mereka seperti yang diarahkan oleh penganjur perkahwinan.
Dalam rakaman tular di media sosial itu, kelihatan pasangan tersebut sedang bergembira mengambil gambar dengan memegang suar di tangan mereka.
Suar yang dipegang itu mengeluarkan asap yang banyak sebelum dipercayai mencetuskan kebakaran di gunung tersebut.
Ketua Polis Probolinggo Wisnu Wardana berkata, bagaimanapun idea yang dirasakan kreatif itu malangnya menjadi malapetaka apabila salah satu daripada lima suar yang digunakan mereka gagal dinyalakan.
"Satu suar yang gagal dinyalakan kemudian meletup dari letupan itu dan percikan api membuatkan padang savana (lokasi penggambaran) mula terbakar.
"Kebakaran besar terjadi dan seluas 50 hektar tanah diselimuti api yang marak,” katanya.
Baca juga Ditemui tak bernafas sambil berpelukan dalam kotak mainan, kisah tragis beradik kembar bikin gempar
Jelas Wisnu, pihaknya mendapat laporan mengenai kejadian itu daripada pengelola Taman Negara Bromo Tengger Semeru (TNBTS) pada kira-kira 11.30 pagi hari kejadian.
Bagaimanapun, ketika bomba tiba di lokasi kejadian, padang tersebut telah terbakar dengan api yang marak.
Sementara itu, difahamkan enam saksi telah disoal siasat berhubung kejadian terbabit, termasuklah pasangan kekasih berkenaan serta kru penganjur perkahwinan mereka.
Wisnu berkata Unit Siasatan Jenayah Probolinggo akan turut melakukan siasatan ke atas saksi lain yang terlibat dalam Kebakaran Hutan dan Tanah (Karhutla) di taman negara berkenaan.
"Saksi lain termasuk pekerja dari TNBTS, pemandu jip yang membawa penganjur perkahwinan akan disiasat.
"Kita juga telah bekerjasama dengan pakar jenayah dan pejabat pendakwa raya," katanya.
Tambahnya, pengurus penganjur perkahwinan disyaki sebagai suspek kepada terjadinya kebakaran gunung tersebut.
Baca juga Tertanya-tanya kenapa kucing suka sangat makan tuna? Ini jawapan saintis berdasarkan kajian
Manakala, pasangan kekasih yang mengambil gambar praperkahwinan itu merupakan saksi kejadian.
Difahamkan, perancang perkahwinan itu berdepan hukuman penjara sehingga lima tahun dan denda sehingga 1.5 bilion Rupiah (RM456,000) jika sabit kesalahan.
Disebabkan kawasan bersaiz kira-kira 50 hektar itu mempunyai lalang serta rumput yang agak mudah terbakar, seluruh kawasan tersebut kini masih dalam proses pemadaman api.
Sebagai info, kawasan yang juga dikenali sebagai Bukit Teletubbies itu merupakan salah satu kawasan pelancongan yang terkemuka kerana pemandangannya yang unik, ia turut menjadi lokasi banyak penggambaran filem serta muzik video.
Jadi pengajaran buat bakal pengantin, tak perlulah keterlaluan dalam kehendak kelainan untuk bergambar.
Sumber: Detik.com, Kompas
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, Threads, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang