PADA minggu lalu, media sosial dihangatkan dengan pernikahan pasangan pengantin yang dilangsungkan di hadapan van yang mengusung jenazah bapa mempelai wanita yang meninggal dunia dan dikebumikan dengan protokol Covid-19.

Insiden berkenaan berlaku di Kabupaten Magetan, Jawa Timur, Indonesia. Video berkenaan tular selepas ia dikongsikan seorang kenalan kepada pasangan pengantin berkenaan.

Rupa-rupanya mereka mempunyai alasan tersendiri mengapa upacara itu dilakukan sebegitu.

Menurut Ketua Desa Mardigondo Kabupaten Magetan, Sulistyono, beliau turut menghadiri majlis pernikahan tersebut ketika itu.

“Ya, saya ada di pintu keluar masjid yang digunakan untuk upacara akad nikah,” katanya kepada Kompas.com ketika ditemui baru-baru ini.

Menceritakan lanjut, ujar Sulistyono, bapa pengantin perempuan telah dimasukkan ke hospital selama beberapa hari sebelum meninggal dunia.

(Artikel berkaitan: [VIDEO]Lelaki ‘sahkan’ akad nikah sendiri bikin pecah perut)

Ujarnya, kedua-dua mempelai itu berhasrat untuk bernikah pada bulan Februari.

Disebabkan perkhabaran duka itu, keluarga pengantin perempuan mengambil keputusan untuk melakukan akad nikah di hadapan ambulans yang membawa jenazah bapa wanita tadi.

Nikah depan van jenazah

“Keluarga mereka mahu orang tuanya menjadi saksi perkahwinan tersebut. Pengantin perempuan ialah anak bongsu daripada tiga beradik yang belum berkahwin.

“Bapa pengantin perempuan itu meninggal pada waktu siang hari Ahad (10 Januari) dan dikebumikan sekitar jam 5 petang waktu tempatan selepas selesai upacara pernikahan,” jelasnya.

Begitupun, memandangkan persiapan perkahwinan sudah disiapkan, Sulistyono menjelaskan, keluarga memberitahu acara perkahwinan rasmi yang dirancang pada bulan depan tetap akan diteruskan.

“Ia termasuk keizinan ke kampung yang telah diterima,” katanya.

Iklan

Sebelum ini, tular di media sosial menerusi laman sosial Facebook Kabupaten Magetan dan Berita Magetan tentang video pernikahan berkenaan.

Nikah depan van jenazahVideo itu dimuat naik oleh pemilik akaun Facebook Abdul Aziz pada 11 Januari lalu.

Ia memaparkan upacara ijab kabul berhampiran sebuah ambulans yang membawa jenazah bapa pengantin perempuan yang akan dikebumikan dengan protokol Covid-19.

Ia mengundang simpati dan sebak warganet yang menonton video berkenaan. Mereka mendoakan agar orang tua mempelai itu dikurniakan husnul khatimah.

Iklan

SinarPlus mengucapkan takziah dan mendoakan agar keluarga tabah menghadapi ujian berat ini.

Sumber & Foto: Kompas.com, Republika.co.id & Youtube Tribunnews.com