BAGI peminat motosikal RX-Z, nilai untuk sebuah jentera roda dua tersebut kadang-kadang tak masuk akal.

Mana tidaknya, harga boleh mencecah kira-kira RM70,000 jika kena dengan modelnya.

Boleh dikatakan ia mampu mengalahkan motosikal berkuasa tinggi kerana menjadi antara legenda mat motor selepas pengeluaran varian tersebut dihentikan pada tahun 2008.

Selain mampu memecut hingga 180 kilometer perjam, RX-Z juga mempunyai reka bentuk ranggi dengan CC 135.

Sekarang ini pun, kalau terserempak motosikal jenis itu di jalan raya rasanya boleh dikira dengan jari kerana kebanyakan pemilik lebih suka simpan di rumah.

motosikal

Tidak hanya barang spare part mahal, ia juga menjadi motor panas kerana dianggap klasik oleh peminat vintaj.

Lain pula kisahnya di Thailand apabila bukan satu tetapi sebanyak 35 buah motosikal RX-Z dijadikan pagar rumah.

 

Ya! Bukan kaleng-kaleng hobi yang dimiliki oleh seorang lelaki yang dikenali dengan nama Than apabila rumahnya kembali menjadi viral di media sosial baru-baru ini.

Barangkali kena dengan suasana raya, ramai yang lalu-lalang di kawasan tersebut terkesima dengan reka bentuk pagar rumah.

Perkongsian Jenterakita di Instagram, pemilik rumah yang terletak di Chonburi, Thailand itu merupakan peminat tegar model motosikal berkenaan.

motosikal

Beliau yang mempunyai bengkel menjadi hobi mengumpul bangkai motosikal jenis itu sebagai pagar automatik mengelilingi kediamannya.

Rata-rata netizen yang mengikuti perkongsian video pendek berkenaan memberitahu nilai pasaran untuk model RX-Z hanya RM3,000 jer di Thailand kalau dibandingkan di Malaysia boleh cecah hingga RM100,000.

Baca juga Super Seringgit Ramadan Deals, cepat grab tawaran promosi motosikal Yamaha EZ115 hanya RM10 jer

Risau kalau dekat Malaysia, boleh kena rembat sekelip mata dengan pengumpul barang antik. Tak mustahil tak sampai tiga jam tinggal tapak pagar jer.

motosikal

Tak kurang juga memberi komen yang mana di Thailand, motosikal sedemikian tiada harga pun dan sanggup dijadikan kenderaan ke kebun.

Mungkin sebab alasan itu, ada yang sanggup jadikan pagar rumah sebagai dekorasi unik.

Bukan setakat di Thailand jer, Indonesia juga harganya lebih rendah.

Di Malaysia, lain pula sikap fanatik peminat RX-Z apabila ada yang nekad menukar geran tanah pusaka demi mendapatkan sebuah motosikal tersebut.

motosikal

Iklan

Berikut antara komentar yang dikongsikan:

“Ini baru betul tidak diperhambakan dengan benda yang tak hidup , respect gila owner.” – nolenggg.__

“Baiki cantik jual kat Malaysia lah.. Buat rem-remm😂.” – elijah_mcjarrah

“Dia sangup buang duit buat semua ni sebab dia sangat-sangat meminati motor RX-Z…hobi yang tegar ni tapi ramai salah anggap dia perlekehkan RX-Z pula.” – dausprodigal

“Motor rare ni. Abang aku ada sebiji ramai yang nak beli, last offer hari itu RM25,000… tapi abang aku tak jual, sebab sayang motor nyamuk ni kenangan amik aku balik sekolah naik motor ni, member-member semua tengok 😂😂😂 .” – thisisjue

Baca juga ‘Jangan cepat putus asa, wanita kena berani’. Ini nasihat Siti Norol Salwani yang viral menunggang motosikal 300km demi sesuap nasi

motosikal

Bagaimana pula kalian? Sanggup kumpul barang rare untuk dijadikan koleksi peribadi.

Iklan

Minat dan hobi bergantung kepada selera masing-masing, namun janganlah sampai gadai tanah pula demi merealisasikan impian.

Apapun salute tuan rumah yang mengabdikan minat dengan idea lain daripada lain.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mallsekarang!