HANYA kerana mengikut amalan seorang dukun, seorang suami memaksa isterinya untuk melakukan hubungan intim sebanyak 7 kali sehari.

Menurut Tribunnews memetik Eva.vn, pada akhir November 2020, orang ramai terkejut dengan tuntutan mahkamah seorang wanita terhadap suaminya.

Wanita yang berasal dari Ibadan, Nigeria, Basirat Adeyoye tampil menyaman suaminya, Adeniyi Adeyoye.

Basirat mengatakan bahawa dia telah dipaksa melakukan hubungan intim berkali-kali sehari oleh suaminya walaupun ketika itu dia mengandung tiga bulan.

Akibatnya dia mengalami pendarahan dan akhirnya mengalami keguguran.

Basirat kemudian mengetahui tindakan suaminya kerana mengikut amalan dukun untuk mengubati anak perempuan mereka yang berumur 11 tahun yang sering sakit.

Adeniyi pergi berjumpa dukun agar anak perempuannya dapat pulih.

Dukun itu kemudian menasihati Adeniyi untuk melakukan hubungan seks dengan isterinya 7 kali sehari.

Oleh kerana tidak tahan, Basirat akhirnya menuntut cerai.

Basirat juga mengatakan bahawa suaminya sering melakukan kekerasan dan tidak mahu bekerja.

Di mahkamah, Adeniyi menolak semua tuntutan isterinya. Dia bahkan mengatakan bahawa isterinya sering pulang lewat, tidak memasak, dan tidak mahu menjaga anak-anak mereka.

Iklan

Baca juga ‘Matahari buatan’ Korea kalahkan ciptaan China

Dia juga mengatakan bahawa Basirat sering pergi ke rumah orang tuanya, membuatkan dia terpaksa berulang kali menjemputnya dari rumah ibu bapa mentua.

Iklan

“Saya bosan terpaksa pergi ke rumah mertua untuk menjemputnya. Saya sayang dia dan anak kita, tetapi saya juga tidak menerima tindakannya yang tidak bertanggungjawab,” kata Adeniyi.

Namun, Basirat juga membela dan mengatakan Adeniyi sering mendera anak perempuan mereka.

Akhirnya, mahkamah meluluskan perceraian kedua-duanya dan Adeniyi harus memberi ganti rugi kepada Basirat serta memberi sokongan kepada anak-anaknya.