Jakarta kebumikan 190 mayat setiap hari, lebih separuh daripadanya mangsa Covid-19
IBU kota Jakarta saat ini berdepan detik sukar apabila mengebumikan kira-kira 190 jenazah setiap hari.
Daripada jumlah itu, terdapat lebih banyak pengebumian yang menggunakan prosedur protokol tetap Covid-19.
Pengurus Bandar dan Hutan, Suzi Marsitawati berkata, mereka mengebumikan sebanyak 100 jenazah sehari untuk pesakit Covid-19.
"Kami mengebumikan jenazah dengan protokol Covid-19 kira-kira 100 mayat sehari. Sementara itu, mayat bukan Covid-19 adalah sekitar 90 mayat sehari."Jadi ada 190 mayat yang harus kita kebumikan dalam sehari, jadi kita mesti menjaga kesihatan diri.
"Kerana angka kematian yang meningkat, pihak kami harus menyiapkan tanah perkuburan baru untuk persiapan jangkaan kekurangan tanah kubur.
"Pembesaran tanah memerlukan masa dan mesti dilakukan secara beransur-ansur," katanya kepada Kompas.com semalam.
Menurutnya, bukan mudah melakukan proses pengebumian setiap hari.
"Kami menyiapkannya, pada awalnya perkuburan Tegal Alur (Jakarta Barat) dan Pondok Rangon (Jakarta Timur) sebenarnya bukan untuk Covid-19, tetapikerana wabak itu maka kami menggunakannya juga untuk menjadi lebih mudah," katanya.
Pembukaan dua kubur itu dilakukan kerana pada awal wabak ini masyarakat risau Covid-19 akan dijangkiti jika suspek atau mayat yang disahkan dibawa
pulang.
Oleh itu, setelah jenazah siap dikafankan, para petugas segera membawanya ke tanah perkuburan untuk segera dikebumikan atau dibakar.
Katanya, sewaktu awal pandemik yang lalu, mereka menyiapkan sekitar 30 hingga 40 lubang sehari.
"Jadi tidak perlu di perkuburan lain kerana faktor ketiadaaan tanah. Pada masa itu, tapak tanah atau kubur hanya ada di Tegal Alur dan Pondok Rangonyang kini telah penuh.
"Itulah sebabnya sekarang kami membuka tanah baru di Rorotan (Jakarta Utara), Srengseng Sawah (Jakarta Selatan), Bambu Apus (Jakarta Timur) dan TPU
Dukuh (Jakarta Timur)," katanya.
Baca juga Akibat cemburu, isteri tikam suami rupanya gambar diri sendiri
Suzi turut mengatakan tanah di Jakarta Timur bukan hanya untuk jenazah Covid-19, tetapi juga kematian akibat bukan Covid-19 yang memerlukan perkhidmatan.
"Oleh itu, kita perlahan-lahan berkembang dan kita juga dibantu oleh agensi lain untuk penggunaan alat berat bagi membersihkan tanah kubur," katanya.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang