Japan Airlines bertembung pesawat pengawal pantai, lima terkorban

A
A
A

 

LIMA anak kapal pengawal pantai Jepun maut apabila pesawat dinaiki mereka bertembung dengan kapal penerbangan Japan Airlines di landasan lapangan terbang Haneda Tokyo.

Bagaimanapun, menurut penyiar awam Jepun NHK, terdapat seorang mangsa iaitu juruterbang pesawat tersebut

berjaya menyelamatkan diri.

Pesawat JAL 516 dan Airbus A350, terbakar selepas dipercayai berlanggar antara satu sama lain.

Baca juga:Wanita tertinggi dunia terpaksa berbaring dalam kapal terbang, turut pegang 3 rekod dunia

Pesawat pengawal pantai yang lebih kecil sebelum itu sedang menunggu untuk menghantar bantuan ke semenanjung Noto susulan dilanda gempa bumi.

Sebaik sahaja kapten airline Japan berjaya menghentikan pesawat yang terbakar itu, 367 penumpang termasuk lapan kanak-kanak, serta 12 krew melarikan diri dari kabin pesawat.

Baca juga: Kebetulan memilukan, nahas pesawat di Elmina bukan kali pertama, 46 tahun lalu 34 hilang nyawa

Ruangan kapal terbang ketika itu dipenuhi asap, dengan tindakan pantas kakitangan menyediakan gelongsor menyelamatkan kesemua nyawa.

Menerusi video yang dikongsikan, kapal terbang Japan Airlines itu dilihat mendarat sebelum terbakar, ketika bertembung dengan pesawat terbabit.

Sekurang-kurangnya 17 daripada 367 penumpang dipindahkan dari pesawat penumpang itu mengalami kecederaan termasuk melecur di kerongkong, menurut jabatan bomba Tokyo.

Baca juga:Mulianya hati, 2 hari bertarung nyawa, lelaki dirempuh ketika bantu pengantin accident meninggal dunia. Berikut kronologi kemalangan maut

Pesawat pengawal pantai tersebut membawa barangan bantuan untuk kawasan yang dilanda gempa bumi di Wilayah Niigata selepas beberapa siri gegaran sehingga 7.6 magnitud melanda tengah Jepun pada Isnin.

Salah seorang penumpang menceritakan detik cemas terutama ketika asap mula memenuhi pesawat.

"Saya fikir ini boleh menjadi sangat teruk selepas pengumuman mengatakan pintu di bahagian belakang dan tengah tidak boleh dibuka.

"Jadi, semua orang perlu turun dari hadapan," ujarnya.

Rakaman televisyen secara langsung memaparkan insiden berkenaan, di mana Japan Airlines melakukan pendaratan pada waktu malam.

Ia sebelum suasana bertukar berwarna jingga, selepas kapal terbang itu berlanggar pesawat pengawal pantai di landasan dengan mengakibatkan kematian.

"Saya merasakan ledakan seperti kami melanggar sesuatu dan tersentak ke atas sebaik mendarat,"

"Malah, saya lihat percikan api di luar tingkap dan kabin dipenuhi dengan asap," kata salah seorang penumpang.

Sumber: The Guardian

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang