JIRAN yang baik itu rezeki. Saling bertolak ansur dan beradab sopan menjamin keharmonian dan hubungan yang baik.

Namun, seorang pelajar doktor falsafah (PhD) jurusan kimia di University of Southern Florida, Amerika Syarikat ini bertindak di luar batas kemanusiaan.

Disebabkan tidak tahan dengan bunyi bising yang didakwa mengganggu tidur, pelajar bernama Xuming Li, 36, sanggup mengunakan bahan kimia hingga mengakibatkan keluarga jiran jatuh sakit.

Menurut New York Post, bahan kimia yang dipercayai dadah diperolehi Li dari universiti  tempatnya bekerja.

Baca juga: Untungnya ada jiran macam ni

BERJIRAN SEJAK JUN 2022

Li dan Umar Abdullah berjiran sejak Jun 2022. Umar mendedahkan pernah menerima kiriman teks daripada Li mengatakan dia mengalami masalah untuk tidur kerana bunyi penutup mangkuk tandas.

Keluarga itu meninggalkan rumah untuk menghadiri persidangan pada 31 Mei 2023. Namun Umar yang menerima bungkusan dan meminta bantuan rakan membawa ia masuk ke dalam rumah.

Bagaimanapun, rakannya itu memberitahu sakit mata seakan terbakar dan tercium bau kimia sehingga mengalami sesak nafas.

“Kami balik pada 5 Jun. Pada 8 Jun, kami mula-mula mengalami bau yang kurang menyenangkan ini. Pedih mata, sesak nafas, loya, mengantuk dan sakit kepala yang melampau.

“Ia berlarutan dan berulang pada 15, 21, 25, 26 dan 27 Jun.

“Anak perempuan saya mengalami batuk yang luar biasa dan muntah beberapa hari selepas 8 Jun,” ujarnya.

Baca juga: [VIDEO] Tak diundang gara-gara makanan tak halal, wanita ini beruntung jiran ganti beri KFC

SIASAT SENDIRI 

Umar tidak menyangka Li sanggup melakukan perbuatan khianat kepada keluarganya. (Kredit foto: Fox 13)

Umar mula menyiasat dengan menghubungi syarikat penghawa dingin namun tidak menemui sebarang masalah.

Dia kemudian memanggil tukang paip kerana mengesyaki bau tersebut datang dari pemanas airnya, tetapi segalanya menemui jalan buntu.

Susulan itu, pemilik rumah sewa berkenaan telah menggantikan pemanas dan membersihkan saluran udara dan lubang udara. Bagaimanapun, bau bahan kimia itu berterusan wujud mengganggu kesihatan.

Terdesak untuk mengetahui punca kesakitan keluarganya, Umar pun menghubungi pihak bomba dan ujian yang dilakukan akhirnya membuahkan hasil.

Ujian yang dilakukan mengesan punca dari bahagian pintu rumah dan serpihan kaca kecil telah ditemui.

Baca juga: [VIDEO]Jiran suka parking kereta depan rumah, lelaki letak notis untuk dijual ramai puas hati

PASANG KAMERA

Sejak itu, Umar mula mengesyaki keluarganya telah dikhianati dan bertindak memasang kamera tersembunyi yang diletakkan di dalam pasu di luar pintu rumah.

Anak perempuannya kembali sakit mendorong Umar meneliti rakaman kamera berkenaan dan alangkah terkejut dia dengan apa yang dilihat.

Baca juga: Kucing jiran berak merata-rata? Pemiliknya boleh didenda sehingga RM1,000

“Kami gementar dan tidak dapat membayangkan bahawa dia datang dan melakukan sesuatu,” katanya.

Rakaman itu menunjukkan Li yang memakai seluar tracksuit kasual, membongkok dan kelihatan meletakkan sesuatu di bawah pintu rumah.

Terkejut dengan perbuatan Li, Abdullah melaraskan kedudukan kamera dari paras pintu kepada paras mata untuk merakam perbuatan lelaki itu dengan lebih jelas.

Baca juga: [VIDEO] Selamba jemur tikar dekat pagar rumah jiran, wanita luah rasa kesal dengan sikap aneh tetangganya

CECAIR JERNIH DISUNTIK BAWAH PINTU

Iklan

Hanya selepas itu, perbuatan keji Li menjadi sangat jelas. Dia dilihat mengeluarkan picagari, mengisinya dengan cecair jernih dan menyuntik ke dalam celah bingkai pintu Umar.

Umar yang ketakutan telah bertindak membawa keluarganya keluar dari rumah dan menghubungi polis.

Pihak polis mendedahkan Li berniat jahat, menyalahi undang-undang dan dengan niat mengganggu mangsa dengan menggunakan picagari berisi cecair dan menyuntik kandungannya ke dalam kediaman beberapa kali.

“Keluarga Umar mengalami sesak nafas, kerengsaan mata dan kulit selama sebulan lebih.

“Tindakan ini menyebabkan kebimbangan dan rasa tidak selamat kepada mangsa dan keluarganya,” kata afidavit yang dikemukakan.

 

LI DIDAKWA TIGA PERTUDUHAN

Siasatan hazmat mendedahkan cecair kimia digunakan Li ialah ubat penahan sakit opioid mengandungi methadone dan hydrocone  yang sangat berbahaya.

Pendedahan kepada paras narkotik yang tinggi boleh menyebabkan pernafasan pendek, nadi lemah, kesukaran berjalan, kekeliruan, pertuturan yang tidak jelas dan loya.

Afidavit itu juga menambah bahawa seorang pegawai yang terdedah kepada bahan di tempat kejadian mengalami kerengsaan kulit yang memerlukan rawatan perubatan.

Iklan

Pihak polis menahan Li pada pukul 9.30 malam pada 27 Jun dengan beberapa pertuduhan, termasuk memiliki bahan terkawal dan menghendap.

Dia juga didakwa atas tiga pertuduhan menyebabkan bahan kimia itu terdedah kepada mangsa dan kediaman. Malah Li juga menerima pertuduhan sama terhadap pegawai penguat kuasa yang mengalami gejala di tempat kejadian.

Li telah diikat jamin dan dijadualkan hadir ke mahkamah pada 5 Disember depan.

Dia juga menghadapi saman daripada Umar dan persatuan penduduk kondominium kerana melanggar kontrak.

Diharapkan perbuatan tidak bermoral seperti ini tidak berlaku di tempat kita dan dijadikan pengajaran. Bertolak ansurlah dalam menjalin hubungan baik dengan jiran tetangga, barulah hidup aman dan harmoni.

Baca juga: Tak tahan diganggu jiran, ini 5 keadaan boleh kita ambil tindakan

Sumber: Daily Mail

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!