Kanak-kanak Muslim 11 tahun lebih genius daripada saintis Albert Einstein dan Stephen Hawking. Ini cerita ibunya

A
A
A

SIAPA yang tidak kenal dengan saintis zaman moden Albert Einstein dan Stephen Hawking, bukan?

Pada satu ketika, kepintaran mereka dikatakan hampir tidak dapat ditandingi oleh individu era milenial kini.

Namun, pandangan itu boleh diketepikan apabila seorang kanak-kanak yang berusia 11 tahun dinobatkan sebagai paling genius, sekali gus mengatasi kemampuan Einstein dan Hawking!

Lebih membanggakan, si cilik itu ialah kanak-kanak Muslim dari Leeds, England yang bernama Yusuf Shah.

Kredit foto: JESHOOTS.com

Lapor Metro UK, Yusuf telah merangkul markah tertinggi iaitu 162 dalam ujian IQ bagi kategori bawah 18 tahun.

Sedangkan, Einstein dan Hawking hanya mencatatkan nilai IQ sebanyak 160 pada zamannya.

Ketika ditemu bual, Yusuf berkata, rakan-rakannya memberitahu beliau terlalu pandai dan mengesyorkan untuk menduduki ujian Mensa.

Mensa adalah komuniti yang hanya layak disertai individu yang mempunyai tahap IQ yang tinggi sahaja.

Mensa juga merupakan kumpulan terbesar dan tertua di dunia untuk golongan genius.

Sebaik diiktiraf, kata kanak-kanak tersebut, beliau berasa sungguh istimewa kerana memperoleh sijil yang menggambarkan tentang dirinya.

Pelajar tahun enam itu juga berharap dapat menyambung pengajian dalam bidang Matematik di Universiti Cambridge atau Oxford.

"Subjek Matematik dapat merangsang otak saya," katanya.

Kepada Metro UK, Yusuf berkata, beliau seperti kanak-kanak lain juga.

Jika tidak mengulang kaji pelajaran, sudoku dan menyelesaikan kuib rubik menjadi pilihan untuk menghabiskan aktiviti senggangnya.

Kredit foto: Max Fischer

Dalam masa sebulan, Yusuf dengan sekelip mata dapat menyusun rubik dengan pilihan warna yang sama.

Baca juga: Kanak-kanak genius kuasai 8 bahasa, kenali Bella Devyatkina

Dalam pada itu, ibu kepada kanak-kanak pintar berkenaan, Sana berkata, beliau amat berbangga kerana Yusuf ialah individu pertama dalam keluarga yang mengambil ujian Mensa.

"Sejujurnya, saya sedikit bimbang kerana dia selalu pergi ke dewan yang dipenuhi dengan kanak-kanak untuk mengambil ujian.

"Pada masa sama, kami menyangkakan bahawa dia akan terganggu dengan orang dewasa di dalam dewan itu, namun dia berjaya lakukan dengan cemerlang," katanya yang turut mengharapkan satu lagi anak yang juga adik kepada Yusuf yang kini berusia lapan tahun dapat mengambil ujian Mensa juga.

PELAJAR GENIUS MALAYSIA

Bercerita tentang genius, rakyat Malaysia juga tidak kurang hebatnya. Berikut SinarPlus senaraikan sebahagian daripada mereka yang dipetik daripada beberapa sumber:

1) Sufiah Yusof

-Sufiah merupakan genius dalam bidang Matematik dan menjadi bualan hangat pada tahun 1997.

-Sebelum ke Universiti Oxford, beliau merupakan pelajar Kolej St Hilda.

-Bayangkan pada usia 13 tahun, Sufiah sudah membuat kajian dalam bidang Matematik.

-Jalan cerita wanita ini sungguh tragis dan sehingga kini masih ramai tidak tahu apa yang dilakukan si genius ini lagi.

2) Adi Putra

Kredit foto: Instagram @Adiputraag

-Beliau popular pada usia enam tahun apabila dikesan dalam menyelesaikan pelbagai masalah dalam subjek Matematik terutama bab algebra dan trigonometri.

-Kepintarannya yang luar biasa telah mendorong Universiti Riau di Indonesia menobatkannya sebagai Ahli Matematik Islam abad ke-21 pada tahun 2009.

-Difahamkan beliau kini banyak memenuhi jemputan dari negara luar untuk mengajar subjek Matematik dengan cara paling mudah dan pantas.

3) Adnan Zikri Jaafar

-Adnan Zikri merupakan pelajar jurusan kewangan dan pengajian antarabangsa di Universiti Pennsylvania, Amerika Syarikat.

-Beliau telah memperoleh Biasiswa Rhodes iaitu biasiswa paling berprestij di dunia.

-Berdasarkan profil terkini di LinkedIn, Adnan Zikri baru sahaja menamatkan pengajian di Universiti Oxford dalam Ijazah Sarjana Pengurusan dan Sains Alam Sekitar.

4) Lim Wern Jie

Kredit foto: Lukas

-Anak kelahiran Pulau Pinang ini antara bakat genius yang pernah menyertai program bakat pintar di bawah Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia iaitu #myDigitalMaker.

-Beliau kemudian mengikuti pengajian di NUS Mathematics and Science Gifted School, Singapura dengan ditaja sepenuhnya.

-Wern Jie sebelum itu mencuri perhatian apabila membangunkan 50 aplikasi digital untuk platform iOS ketika berusia 13 tahun, malah turut meraih pendapatan melalui hasil inovasi hebatnya.

5) Irdina Shahriman

- Gadis yang berusia 24 tahun ini merupakan pemegang biasiswa Yayasan Tenaga Nasional dan graduan Sarjana Muda Sains Kejuruteraan Elektrik.

- Kepintaran Irdina tidak dapat disangkal lagi apabila beliau mendapat kedudukan pertama daripada 10,000 penuntut lain di Virginia Tech, Amerika Syarikat dengan Purata Gred Kumulatif (CGPA) 4.0 sepanjang tempoh pengajian di universiti berkenaan.

- Pencapaian yang membanggakan itu telah membawa kepada penganugerahan pingat Phi Kappa Phi. Ia merupakan anugerah yang diberikan kepada graduan senior yang memperoleh pencapaian akademik tertinggi.

- Berdasarkan maklumat terkini di LinkedIn, gadis genius itu telah bekerja di Tenaga Nasional Berhad.

Baca juga: Irdina Shahriman, pelajar cemerlang M’sia CGPA 4.0 raih tempat pertama di Virginia Tech

Baca juga: Kanak-kanak perempuan genius seni jadi guru cilik di sekolah, kumpul lebih 800 piala juara

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang