Kejamnya! Bapa durjana paksa anak 6 tahun berlari atas ‘treadmil’ hingga maut

A
A
A

SEORANG bapa sepatutnya menjaga dan memelihara keselamatan anak. Bagaimanapun dalam kes ini, ia diibaratkan seperti peribahasa harapkan pegar, pegar makan padi.

Kes dera kalangan kanak-kanak bukanlah sesuatu yang baru. Mungkin kerana tekanan hidup ibu bapa mudah marah dan tidak mengawal emosi hingga tergamak mendera darah daging sendiri.

Seperti seorang bapa Christopher Gregor, 29, dari New Jersey, Amerika Syarikat didakwa membunuh anak lelakinya yang berusia enam tahun dengan memaksa kanak-kanak itu berlari di atas 'treadmill' untuk menurunkan berat badan.

Baca juga: Nota kakak bongkar penemuan adik 4 tahun maut dalam peti sejuk, mangsa dera kekasih ibu

Corey Micciolo, 6, bagaimanapun terjatuh berulang kali hingga menyebabkan kecederaan.

Difahamkan Gregor mendapatkan hak penjagaan bersama ke atas Corey selepas berpisah dengan ibu kanak-kanak itu, Breanna Micciolo.

Christopher Gregor.

Asbury Park Press melaporkan rakaman kamera menunjukkan Gregor dan Corey di pusat kecergasan tempatan, Atlantic Heights Clubhouse pada 20 Mac 2021.

Menerusi rakaman itu, Corey dilihat berjalan di atas 'treadmill' sebelum Gregor menghampiri mesin itu dan meningkatkan kelajuannya. Rakaman seterusnya menunjukkan Corey terus jatuh dari 'treadmill'. 

Bagaimanapun bapa durjana itu mengangkatnya dan meletakkannya semula di atas alat senaman itu.

Gregor juga dilihat pada satu ketika menggigit bahagian kepada anak lelakinya sebelum memaksa kanak-kanak itu berlari semula.

Beberapa hari selepas itu, si ibu Breanna Micciolo melihat kecederaan Corey dan melaporkannya kepada pekerja Bahagian Perlindungan Kanak-Kanak New Jersey.

Dia juga membawa Corey ke klinik pada 2 April 2021 di mana kanak-kanak itu berkata bapanya memaksa berlari di atas 'treadmill' kerana dia 'terlalu gemuk' lapor The Sun.

Bagaimanapun Corey meninggal dunia pada keesokan harinya.

Baca juga: Kanak-kanak disangka lemas rupa-rupanya dibunuh kejam keluarga sendiri. Ini kronologi kes Logan Mwangi

 

Corey bersama ibunya, Breanna Micciolo.

Gregor ditahan di Penjara Ocean County di Toms River, di mana dia akan kekal menunggu perbicaraan penahanan.

Menerusi semakan SinarPlus, Corey mengalami kecederaan pada 12 bahagian termasuk lebam, kesan melecet dan cakaran.

Paling menyedihkan lebam berdiameter 5 sentimeter (sm) ditemui pada bahu kiri Corey. Kematian kanak-kanak itu disahkan sebagai kecederaan tumpul dengan keradangan akut kardiak dan hati dan sepsis sebagai punca kematian. Manakala cara kematian kanak-kanak itu tidak ditentukan.

Apalah agaknya dosa anak sekecil Corey. Nakal dan tidak mendengar kata itu perkara biasa, namun tidak wajar jika seorang bapa bertindak mendera sedemikian rupa hingga meragut nyawa.

Seksanya kematian si kecil ini, moga kematiannya terbela.

Baca juga: 8 Rakan Dibunuh Depan Mata, Mohon Bantuan Menerusi CCTV, Kisah Nelson Sarira Buat Ramai Sebak

Jangan lupa follow kami di Instagram dan lawati portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang