'Bertahan mummy...' Mohon maaf kepada ibu, Fatiya Latiff dedah derita skizofrenia

A
A
A

PELAKON yang dikaitkan dengan kontroversi akhir-akhir ini, Fatiya Latiff mendedahkan dirinya menderita penyakit mental skizofrenia.

Berkongsi ucapan Hari Ibu, pelakon drama Ariana Rose itu mengimbas kembali pengorbanan yang dicurahkan bonda tercinta.

Memuat naik foto lama dirinya ketika di awal kemunculan, pemilik nama Nur Fathia binti Abdul Latiff memohon maaf daripada ibu, Badriyah Hassan dan menitipkan ucapan terima kasih.

Baca juga: ';Maaf salah faham.' Fathia dedah bukan peguam bertauliah tetapi kerani di firma guaman

Baca juga: Beauty with brains, Fathia Latiff kini pengamal undang-undang, rupanya graduan law UiTM

Baca juga: 'Dunia seni bukan jiwa saya.' Dr Nur Fasiha Latiff bakal terbang ke Dublin dalami bidang kardiologi

"Saya kesal kerana membebankan mummy dengan penyakit skizofrenia dan tidak berniat menyusahkan.

"Saya berjanji akan menjadi lebih baik supaya hubungan kita kembali seperti dahulu, Bertahanlah mummy," katanya menerusi Instagram pada Jumaat.

Baca juga: Ibu Zahirah McWilson sedih anak dihina, puji kecantikan dimiliki semula jadi. 'Berhenti serang & buli wanita hamil'

Berkongsi foto lama bersama ibunya ketika dia berusia 23 tahun, Pelakon Wanita Pilihan Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur 2014 itu menyifatkan wanita itu seorang yang garang namun sedar tidak mudah membesarkan anak sepertinya.

"Terima kasih kerana menjaga, melindungi dan mendidik saya yang tentunya bukan satu tugas mudah," katanya.

Fatiya baru-baru ini diperkatakan ramai selepas dikatakan menghina aktres Zahirah McWilson dengan panggilan kurang manis.

Baca juga: Kes sakit jiwa di Malaysia semakin merisaukan. Kenali gejala skizofrenia yang jadi penyebab penderita bunuh diri

Baca juga: Bukan orang gila, dia mungkin ‘ahli syurga’, catatan kaunselor pusat pemulihan buat warganet menangis

Baca juga: Tragis! Ibu sangka oven sebagai katil bayi, anak sebulan maut hangus, ini kronologinya

INFO SKIZOFRENIA

Skizofrenia salah satu penyakit mental yang serius. Ia bersifat kronik dan boleh berlaku berulang-ulang. Biasanya pesakit akan mengalami dua simptom iaitu halusinasi dan delusi yang mana kedua-duanya boleh mengganggu kewarasan.

Berikut beberapa simptom skizofrenia:

i) Halusinasi: Pesakit skizofrenia yang mengalami halusinasi biasanya mendengar bisikan atau suara ghaib yang bercakap, mengutuk atau mengarah untuk berbuat jahat.

ii) Delusi: Pesakit yang mengalami delusi biasanya mempunyai tanggapan palsu yang diyakini dan dipercayai dengan sepenuh hati. Contohnya, mereka percaya bahawa keluarga berniat jahat dan merasakan dirinya tidak selamat.

Pesakit juga boleh mengalami gejala lain seperti berkelakukan aneh, bercakap merapu, fikiran tidak teratur.

Sementara itu, Mayo Clinic berkata, gejala skizofrenia dalam kalangan remaja adalah sama, namun ia sedikit sukar untuk dikesan.

Pun begitu, laman perubatan itu menyenaraikan lima gejala. Antaranya:

i) Bertindak menjauhkan diri daripada rakan dan keluarga.

ii) Prestasi pembelajaran di sekolah menurun.

iii) Mengalami gangguan tidur.

iv) Berhadapan dengan kemerosotan tingkah laku dan tertekan.

v) Kekurangan motivasi

Jika anda sendiri mengalami gejala berkenaan, segera dapatkan rawatan di hospital psikiatri atau klinik kesihatan yang berdekatan.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat! 

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca