Kes satu dalam sejuta, wanita lahirkan dua bayi dari dua rahim dalam tempoh dua hari

A
A
A

KISAH seorang wanita dari Alabama, Amerika Syarikat mengejutkan dunia apabila kes kelahiran dua bayinya dicatatkan sebagai peristiwa unik dan jarang-jarang berlaku.

Mana tidaknya, Kelsey Hatcher yang berusia 32 tahun selamat bersalin dua anak perempuannya dari dua rahim berbeza dalam tempoh dua hari yang cukup mendebarkan.

Boleh dikatakan ia hanya berlaku satu dalam sejuta kelahiran!

Lapor portal National Public Radio (NPR), ibu bertuah itu melahirkan pasangan kembar yang comel di Hospital Birmingham Universiti Alabama.

wanita dua rahim

Hatcher dilaporkan melahirkan bayi pertama yang diberi nama Roxi pada jam 7.45 malam secara normal.

Pun demikian, bayi kedua yang bernama Rebel terpaksa melalui prosedur pembedahan kira-kira 10 jam kemudian pada keesokan harinya.

wanita dua rahim

Memetik kenyataan doktor yang mengendalikan kes tersebut, Dr. Shweta Patel memberitahu, pihaknya memantau keadaan Hatcher sejak beliau disahkan mengandung untuk kali ketiga.

“Melalui pemeriksaan yang dijalankan, Hatcher didiagnosis sejak remaja lagi dengan keadaan uterus didelphys yang mana merujuk sebagai rahim berganda.

 

“Ia berlaku hanya kepada 0.3 peratus wanita di dunia ini,” katanya yang mengesan dua janin dalam dua rahim ketika pemeriksaan ultrasound untuk anak keempat Hatcher.

Cerita Dr Patel, meskipun sebelum ini pesakitnya melalui kehamilan biasa untuk tiga anaknya, namun bagi kes zuriat keempat memang luar biasa.

wanita dua rahim

“Ini satu kejutan bersejarah kerana dua bayi membesar tanpa sebarang masalah di dua rahim yang berbeza. Satu rekod perubatan yang sangat jarang sekali berlaku,” kongsinya.

Baca juga 1 dalam 50 juta, wanita dua rahim lahirkan bayi kembar ‘ajaib’, setiap seorang diami satu rahim ibu

Menurut fakta rasmi yang dikongsikan Hospital Birmingham Universiti Alabama dan Clinic Cleveland, kelahiran tersebut dikenali sebagai kehamilan dicavitary.

wanita dua rahim

“Dr Patel yang juga penolong profesor di Jabatan Obstetrik dan Ginekologi turut mengendalikan kes kelahiran Hatcher bersama pakar perubatan kes berisiko tinggi, Dr Richard O’ Davis.

“Kes tersebut adalah yang kelahiran dicavitary pertama yang berlaku dalam tempoh 60 tahun di universiti berkenaan,” kata mereka.

Diiktiraf sebagai kembar?

Timbul persoalan ramai pihak yang masih keliru dan tertanya-tanya sama ada bayi yang dilahirkan itu merupakan pasangan kembar atau sebaliknya?

wanita dua rahim

Umumnya, kita sedia maklum bahawa baby kembar ditakrifkan sebagai dua bayi yang berkongsi uri dalam kantung yang sama atau berasingan dengan satu rahim sahaja.

Pun demikian bagi kes kehamilan dicavitary, Dr Davis memberitahu mereka masih diiktiraf sebagai saudara kembar.

Baca juga Paling rare, 29 minggu bayi ‘ajaib’ membesar celah usus, ibu tak sangka sakit perut luar biasa petanda hamil luar rahim

“Pada saat kelahiran, mereka masih dua bayi dalam satu perut ibu yang sama. Cuma mereka duduk di dalam ‘pangsapuri’ berbeza,” katanya yang menerangkan kelainan kesihatan itu dengan satu analogi mudah.

wanita dua rahim

Sebelum ini, kes sama turut dilaporkan di Melbourne, Australia yang mana seorang ibu, Madeline Kaklikos mengalami keadaan kongenital jarang jumpa pada tahun lalu.

Kaklikos disahkan mengalami masalah kelainan rahim didelphys. Lazimnya, wanita yang mengalami sedemikian sering keguguran atau berlaku kehamilan luar rahim.

wanita dua rahim

Pun begitu, wanita yang kini berusia 25 tahun itu nekad untuk memiliki zuriat sendiri dengan menjalani proses rawatan kesuburan selama tiga tahun.

Akhirnya rezeki buat mereka apabila seorang bayi berjaya disenyawakan selepas menjalani 10 pusingan rawatan persenyawaan in-vitro (IVF) manakala seorang lagi secara semula jadi.

wanita dua rahim

Cole dan Nate membesar di dalam dua rahim ibu secara berasingan dan kes tersebut diklasifikasikan sebagai satu dalam 50 juta kes kelahiran di dunia.

Sangat hebat insan bernama wanita, kan? Jadi, hargailah ibu kita dan bahagiakan mereka sehingga hujung nyawa.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang