BARU-baru ini dunia digemparkan dengan berita kematian kanak-kanak Maghribi, Rayan Awram, 5, yang terjatuh perigi sedalam 32 meter.

Kini kanak-kanak di Afghanistan pula sedang diancam bencana sama. Haidar,9, dilaporkan terjatuh sejak Selasa lalu. Kini usaha menyelamat sedang dijalankan di lokasi kejadian di Shokak, selatan wilayah Zabul, Pakistan.

Apa yang membezakan, kanak-kanak itu yang terjatuh pada kedalaman 25 meter sempat ditarik keluar tetapi tubuhnya tersekat pada paras 10 meter sejak Selasa lalu.

Baca juga: Kanak-Kanak Terperangkap Perigi 32 Meter Meninggal Dunia, Berikut Tragedi #SaveRayan Menarik Perhatian Global

Video yang dikongsi di media sosial pada Khamis menunjukkan Haidar tersepit di dalam perigi hanya dapat menggerakkan tangan dan bahagian atas badannya.

Pasukan penyelamat yang dibantu dengan mesin jentolak beserta orang awam berkumpul di kawasan tersebut untuk berusaha menyelamatkan kanak-kanak itu.

Setiausaha Timbalan Perdana Menteri Afghanistan, Abdullah Azzam, menerusi laman sosial Twitter usaha mengeluarkan Haidar giat dijalankan.

Dalam masa yang sama, bantuan oksigen, ambulans serta beberapa keperluan lain telah berada di tempat kejadian. Abdullah turut memaklumkan batu yang menghalang itu cuba dibelah untuk mengeluarkan Haidar manakala bantuan makanan dan minuman disalurkan.

Kata Abdullah, lebih banyak usaha perlu dilakukan termasuk melakukan apa sahaja cara yang boleh bagi menyelamatkan mangsa.

Baca juga: [VIDEO] 4 Hari Terperangkap Dalam Perigi 32 Meter, Misi Menyelamat Kanak-Kanak Maghribi Raih Perhatian Dunia

Tambahnya, pelbagai pihak dihubungi dalam usaha mengeluarkan Haidar secepat mungkin.

Wartawan Afghanistan, ‌Bismellah Pashtonml berkongsi maklumat terkini mengatakan usaha menyelamat selama 60 jam masih belum berjaya.

Menerusi video, kedengaran kerja-kerja penggerudian dijalankan.

Suasana pilu menyelubungi apabila perbualan kanak-kanak itu dan bapanya didedahkan.

Menurut laporan Al-Jazeera, Haidar dan bapanya berkomunikasi apabila kamera pemantau diturunkan. kedengaran suara tangisan kanak-kanak itu yang ketakutan.

“Adakah kamu sihat anakku? Cakap dengan ayah dan jangan menangis, kami sedang berusaha untuk mengeluarkan kamu ” kata ayahnya.

“Baiklah, saya akan terus bercakap,” jawab Haidar dengan suara yang sayu.

Iklan

Video itu diperoleh oleh penyelamat yang menurunkan kamera ke bawah telaga sempit dengan tali.

Pasukan penyelamat sedang menggali secara terbuka dari sudut di permukaan untuk cuba mencapai titik di mana kanak-kanak itu terperangkap. Dalam perkembangan terkini,Bismellah Pashtonml memaklumkan tahap kesihatan Haidar tidak dapat dipastikan.

“Pasukan penyelamat bekerja sepanjang malam. Sebuah helikopter tentera sedang menunggu untuk kemungkinan bagi membawa Haidar ke hospital,” katanya.

Baca juga: Kesudahan serupa Rayan, kanak-kanak Afghanistan terperangkap perigi 70 jam meninggal dunia

TIGA KES JATUH PERIGI MERUNTUN DUNIA

Februari 2022, Rayan Awram, lima tahun

Iklan

Terjatuh pada kedalaman yang melebihi 100 kaki selama 4 hari, Rayan meninggal dunia susulan kecederaan otak dan paru-paru selain beberapa tulang patah. ‘hashtag’ #SaveRayan warganet seluruh dunia yang mengikuti perkembangan usaha menyelamat Rayan mendoakan anak kecil itu.

Disember 2013, Lama al-Rouqi, enam tahun

Kanak-kanak perempuan itu dikatakan terjatuh ke dalam perigi terbiar di utara bandar Tabuk, Jeddah ketika berkelah bersama keluarganya. mayat kanak-kanak itu ditemukan pada kedalaman 131 kaki (40 meter) di dalam perigi tersebut. Susulan kejadian, Aplikasi yang dinamakan Lama itu digunakan untuk melaporkan mana-mana perigi terbiar yang ditemukan oleh perseorangan atau pihak berkuasa dan mampu berfungsi tanpa isyarat internet.

Oktober 1987, Jessice, 18 bulan

Bayi bernama Jessica terjatuh ke dalam perigi sedalam 22 kaki (6.7 meter). Permukaan perigi seluas 20 sentimeter menyukarkan usaha menyelamat. Bagaimanapun Jessica akhirnya dapat diselamatkan setelah terowong secara mendatar diwujudkan menggunakan pelbagai jentera dan gerudi. Jessica ditemui dengan kesan lebam dan tapak tangan kanannya melekat pada mukanya. Salah satu ibu jari kakinya juga terpaksa dipotong susulan gangren.

Baca juga: Kecederaan Otak, Paru-Paru, Tulang Patah Punca Kematian Rayan, Berikut Kronologi Operasi Menyelamat

Jom follow Sinarplus di Instagram! 

Sumber: Al-Jazeera, Twitter Abdullah Azzam, ‌Bismellah Pashtonml, Daily Mail