“SAYA berdoa agar Rayan dapat dikeluarkan dari dalam perigi itu dalam keadaan sihat dan selamat. Oh Tuhan, permudahkankanlah urusan ini.

“Harap pihak berkuasa dan pasukan penyelamat dapat menyelamatkan anak lelaki saya,” kata si ibu, Wassima Kharchich dalam sebak.

Demikianlah suara dan harapan seorang ibu yang mahu si anak kembali ke pangkuannya selepas empat hari terpisah dalam kejadian yang begitu tragis.

Temu ramah media, France 24 dan Wassima itu adalah sebahagian liputan tragedi kanak-kanak, Rayan, 5, yang terperangkap selepas terjatuh ke dalam sebuah telaga sedalam 32 meter (104 kaki) sejak Selasa lalu.

Baca juga: Kanak-kanak Melayu sediakan kek ‘sate’ tarik perhatian juri rancangan masakan terkenal UK

Sebelum kejadian, bapa Rayan, Khalid Agoram dikatakan sedang membaiki perigi apabila kanak-kanak itu terjatuh.

Ibunya, Wassima berkata seluruh keluarga keluar untuk mencari Rayan setelah dia didapati hilang.

“Kemudian kami menyedari bahawa dia telah jatuh ke dalam perigi. Saya masih menaruh harapan bahawa dia akan dikeluarkan dalam keadaan hidup,” tutur Wassima kepada media Maghribi dengan linangan air  mata.

Tragedi yang berlaku di perkampungan Ighran di wilayah Chefchaouen, Maghribi menjadi tular di pelbagai platform media sosial.

Dalam beberapa hari, berita mengenai Rayan meraih perhatian dunia. Hantaran di media dengan ‘hashtag’ #SaveRayan dan video strim langsung pasukan penyelamat dikongsikan termasuk di Facebook dan Twitter.

Situasi cemas anak kecil itu sudah berlanjutan melebihi 72 jam. Kedudukan Rayan sudah berjaya dikesan dan  kamera telah dipasang di bahagian dasar perigi yang didudukinya.

Menerusi video, Rayan kelihatan lemah manakala tubuhnya diselaputi debu.

Alat bantuan pernafasan oksigen disalurkan kepada Rayan bersama makanan dan minuman.

Baca juga: [VIDEO] Tergamaknya, kanak-kanak 3 tahun berdepan detik cemas dicampak ibu ke dalam kandang beruang

Iklan

Sehingga kini, misi untuk menyelamatkan Rayan masih diteruskan dan hanya perlu menggali beberapa meter sahaja lagi ke tempat keberadaan Rayan.

Pasukan penyelamat dikatakan hampir berjaya menyelamatkan kanak-kanak itu namun berdepan risiko tanah yang mungkin runtuh seterusnya mengancam nyawa Rayan.

Memetik laporan terkini dari Arab News, pihak penyelamat dilaporkan telah membuat perancangan akhir untuk menggali perigi tersebut secara melintang dan menyediakan beberapa paip konkrit untuk memperdalam terowong menuju ke tempat Rayan terperangkap.

Lima jentolak digunakan untuk menggali secara menegak hingga kedalaman lebih 31 meter, menurut agensi berita rasmi Maghribi, MAP.

Pada hari Jumaat, mereka mula menggali terowong mendatar untuk mencapai kedudukan Rayan terperangkap. Pakar kejuruteraan topografi juga telah dipanggil untuk mendapatkan bantuan.

Iklan

Memetik The New York Times, dua orang penyelamat menggali secara manual beberapa inci terakhir menuju ke kedudukan Rayan.

Sebuah helikopter dilaporkan sudah bersiap sedia berada di kawasan itu untuk membawa kanak-kanak itu ke hospital sebaik sahaja dibawa keluar.

Sama-sama kita doakan semoga kanak-kanak ini berjaya diselamatkan.

Baca juga: Jutawan termuda di dunia berusia 9 tahun, miliki Bentley, terbang dengan jet peribadi

Jom follow Sinarplus di Instagram! 

Sumber: ABC News, NBC News, BBC