DUA tahun lalu, Dr Li Wenliang muncul sebagai wira kerana membangkitkan amaran tentang koronavirus.

Bagaimanapun, tiada siapa boleh menjangka hal itu juga menjadi punca dia meninggal dunia. Pada 7 Februari 2020, pakar oftalmologi berusia 34 tahun dari Wuhan itu pergi buat selama-lamanya akibat jangkitan Covid-19.

Dr Li merupakan kakitangan kesihatan barisan hadapan di Hospital Pusat Wuhan. Dalam menjalankan tugas merawat pesakit di hospital, dia mula menyedari sesuatu luar biasa tentang mereka yang datang ke hospital untuk rawatan.

Seluruh dunia memuji Dr Li sebagai pemberi maklumat yang memberi amaran kepada dunia tentang penyakit maut itu.

Dua tahun sejak kematiannya, kira-kira 5.74 juta orang di seluruh dunia kehilangan nyawa akibat wabak yang bermula dan kemungkinan besar ‘dicipta’ di Wuhan.

Baca juga: Dikatakan Terlalu Kaya, Jutawan Muda Penuh Kontroversi Ini Mahu Bantu Langsaikan Hutang Negara

KISAH DR LI WENLIANG

Dr Li adalah pakar oftalmologi di Hospital Pusat Wuhan. Pada Disember 2019, dia melihat tujuh kes jangkitan virus yang kelihatan serupa dengan jangkitan virus SARS iaitu wabak global pada 2003.

Kes itu dipercayai datang dari pasar Makanan Laut Huanan di Wuhan dan para pesakit sedang dikuarantin di hospital tempatnya bertugas.

Pada 30 Disember, dia menghantar mesej amaran kepada rakan-rakannya yang terdiri daripada pegawai perubatan dalam kumpulan sembang. Menerusi platform itu, Dr Li memberi amaran kepada mereka untuk memakai pakaian pelindung semasa merawat pesakit.

Pada masa itu, dia tidak menyedari bahawa virus itu adalah virus yang baru.

Hanya empat hari selepas membuat amaran awal kepada rakan doktor, Dr Li telah dipanggil oleh Biro Keselamatan Awam.

Dr Li didakwa membuat tuntutan palsu. Dia terpaksa menandatangani surat menerima tuduhan itu.

Menerusi surat itu, dinyatakan dia “membuat komen palsu” yang “sangat mengganggu ketenteraman sosial”.

Laporan menunjukkan terdapat tujuh orang menerima nasib sama sepertinya. Mereka disiasat bersama Dr Li kerana didakwa menyebarkan khabar angin.

Untuk beberapa minggu pertama bulan Januari, pegawai di Wuhan menegaskan bahawa hanya mereka yang bersentuhan dengan haiwan dijangkiti boleh dijangkiti virus itu.

Tiada panduan keselamatan dikeluarkan untuk melindungi doktor dan kakitangan perubatan.

 

Hanya seminggu selepas pulang dari balai polis, Dr Li merawat seorang wanita yang menghidap glaukoma. Wanita itu mendakwa dia tidak tahu bahawa telah dijangkiti virus baru.

Manakala pada 10 Januari 2020, Dr Li menyiarkan status di Weibo memaklumkan dia mula batuk. Keesokan harinya, Dr Li mengalami demam panas.

Baca juga: Dijual sejak lahir, remaja ‘pergi’ buat selama-lamanya lepas 2 kali dibuang keluarga kandung

Hanya dalam masa dua hari lagi kesihatannya semakin merosot sehingga dimasukkan ke hospital.

Menurut Dr Li, dia telah menjalani ujian saringan Covid-19 berulang kali namun keputusan diterima negatif.

Dalam catatan beliau menulis, “Hari ini ujian asid nukleik kembali dengan keputusan yang positif, habuk telah mendap, akhirnya didiagnosis.”

Hantarannya itu menerima ribuan komen dan kata-kata sokongan.

Iklan

“Dr Li Wenliang adalah seorang wira,” kata seorang pengguna Weibo.

“Pada masa depan, doktor akan lebih takut untuk mengeluarkan amaran awal apabila mereka mendapati tanda-tanda penyakit berjangkit.”

“Persekitaran kesihatan awam yang lebih selamat memerlukan berpuluh juta Li Wenliang.”

PERMOHONAN MAAF SUDAH TERLAMBAT

Pada penghujung Januari, Dr Li memuat naik salinan surat itu di Weibo dan menjelaskan apa yang telah berlaku. Dalam pada itu, pihak berkuasa tempatan telah memohon maaf kepadanya tetapi ia sudah terlambat.

 

Iklan

Pada 30 Januari 2020, beliau disahkan menghidap Covid-19. Menjelang 7 Februari, tubuhnya menyerah kalah terhadap virus ganas itu.

Dia disahkan meninggal dunia akibat radang paru-paru akut iaitu komplikasi yang disebabkan oleh jangkitan Covid-19.

Kematiannya membawa gelombang kemarahan dan kesedihan warga maya di laman media sosial Weibo.

Terdapat dua ‘hashtag’ tular di media sosial di mana rakyat China menuntut kebebasan bersuara dan meminta maaf daripada kerajaan Wuhan kepada Dr Li.

Bagaimanapun, ‘hashtag’ tersebut didakwa telah ditapis.

Dr Li Wenliang, hero kebebasan bersuara mengingatkan dunia tentang Covid-19. Jasanya dikenang sehingga ke hari ini. 7 Februari 2022 genap dua tahun pemergiannya.

Baca juga: Kecederaan otak, paru-paru, tulang patah punca kematian Rayan, berikut kronologi operasi menyelamat

Jom follow Sinarplus di Instagram! 

Sumber: BBC, Opindia